Saturday, 17 January 2015

Reconplate

Tajuk macam citer transformers jer. Huhuhu. Penambahan kepada pembedahan aku tu. sebelum masuk ward aku kena sediakan RM2,000.00 tunai untuk dibayar sebelum masuk ward. Wang itu akan digunakan untuk plat besi yang berkemungkinan akan dimasukkan ke rahang aku.

Sebelum pembedahan doktor doktor masih tak sure nak guna atau tidak. Hinggalah tiba masa aku dah dibedah. Begitu juga dengan penggunaan tulang dari kaki. Dua dua ini adalah peringatan doktor buat aku. Agak membingungkan kerana ianya hanya akan diketahui apabila tubuh kau telah dilapah. Erkhhhhhhh....

Penggunaan tulang dari kaki dan plate terpaksa digunakan untuk menyokong rahang aku sekiranya ianya sangat nipis setelah tumor dibuang. Tumor yang telah berakar di sel pipi sertamtulang rahang.

Tadaaaaaaaa....

Kesimpulannya sehari selepas aku dibedah sekumpulan pakar bedah mulut mengerumuni katil aku. Bertanya khabar dan menerangkan apa yang terjadi.
 
Antara yang aku ingat:
HOD Jabatan Bedah Mulut Dr. Norma
Dato' ?
Dr. Shamsul
Dr. Fadhli Reza Zainal ( setiap hari dua kali sehari akan melawat aku)
Dr. Hanem
Dr. Loga
Dr. Steven
Dr. Azalia
Dr. Julaiha Baharudin
Dan lain lain doktor yang baik hati yang tidak aku kenali namanya.

Keputusannya:
Bone graft dari kaki tak diambil. Cukup menggunakan plate sahaja. Memandangkan setelah tumor dibuang, rahang yang dijangkiti di kikis makanya tulang rahang aku menjadi nipis dan untuk mengelakkan ianya patah, maka mereka telah memasang plate tersebut di rahang aku.
Sel sel tumor telah merebak agak banyak hingga urat bibir aku sebelah kiri tak dapat diselamatkan. So bibir kiri aku sediikit herot dari yang asal dan akan berasa kebas.
Tiga batang gigi geraham kiri aku juga telah dicabut.

Jika rezeki aku baik, ianya akan sembuh. Namun jika bukan rezeki aku, kekallah ianya begitu. Pemantauan berterusan akan dijalankan supaya sel sel tumor itu tidak tumbuh lagi dan telah habis dibuang semasa pembedahan kali ini. Aminnnnnnnnn.

Gambar dari cik puan Google. Aku nyer besi plate ala ala gini tapi lubang lubang macam lain sikit.

Tiga batang gigi geraham kiri yang diserahkan nurse kepada aku sebaik tiba di wad.


Sabtu dan Ahad juga mereka akan round ward meninjau pesakit. Dental tidak mempunyai ward mereka sendiri seperti ortopedik. Jadinya kami menumpang di wad wad yang berkaitan. Sabo jer lah.

 Beginilah jika mereka turun ward. Dr. Steven dan Dr. julaiha. Melihat data, mencatat penemuan dan bertanya masalah pesakit.




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.