Permasalahannya bukan tiada yang datang melawat aku. Permasalahannya, bila rahang kau dibelah, gusi kau ada yang dibuang, rahang dimasukkan besi, bibir yang bengkak serta dagu dan sebahagian muka bengkak, bagaimana kau harus berbicara dengan orang? Adakah mereka akan faham dengan apa yang kau cakap?
Hari pertama hari pembedahan 7.1.2015
Semasa nurse menerima kepulangan aku di ward, tiada sebarang berbualan. Kecuali mereka mereka seperti semut menghurungi gula, menukarkan baju dari dewan bedah ke baju seragam ward. Dan kau dibiarkan berehat seketika.
Kemudian Kau hanya bercakap dengan pasukan pakar bedah, pakar bius yang bertanyakan keadaan setelah pembedahan berjaya dilakukan. Dan kau juga tak ingat apa yang dibualkan. Dan kau hanya akan mengangguk, geleng sahaja.
- jam 11 malam mula bercakap apabila aku memanggil nurse untuk merayu dilepaskan dari katil serta oksigen. Rayuan dibuat agar aku tak dipaksa buang air dalam bekas di atas katil. Jadi Alhamdulilah biji butir percakapan aku difahami dan aku berjaya lepas ke bilik air dengan ditemani nurse.
8.1.2015
Dalam jam 8 pagi lebih sedikit pasukan dental mengunjungi aku dan tiada perbualan panjang juga pada masa ini. Nak ucap terima kasih pun aku tak mampu. Jadinya, komunikasi sehala. Suara aku tersekat. Kerongkong aku sakitbdan pedih. Itu jer yang aku rasa. Luka pembedahan sepanjang bawah dagu membawa ke telinga itu syukurlah tiada rasa sakit.
Pelat......
Dipendekkan cerita, aku hanya mengetahui aku bercakap macam orang strok bila sahabat itu datang mengunjungi aku. Malu sehhhhh bila aku rasakan lidah aku pelat. Sebutanku tersekat dan perkataanku sukar difahami.
Tapi ikut sahabat ku itu, dia faham. Cuma sedikit mungkin ada beza.
Bagi dia....
Tapi bagi aku yang menuturkan ayat satu demi satu memang susah. Rasa memang pelat dan orang sukar faham. Aku kena atur bibir, pipi dan lidah agar bergerak tidak nampak kekoknya dan herot. Barulah aku perasan sepanjang aku di ward hanya aku bersuara dengan doktor, nurse dan jiran sebelah katil aku. Seorang wanita cina berumur 70an. Sepatah dua kata saja yang aku tuturkan.
12.1.2015
Kali pertama setelah dibedah turun ke Klinik Bedah Mulut.
Di situ juga aku tanyakan doktor doktor di situ sama ada mereka faham apa yang aku cakap. Syukurlah mereka semua menyatakan bahawa mereka masih memahaminya.
Dan barulah aku tahu bahawa aku boleh memberus gigi dan berkumur.
Fuhhhhh pada hari kelima kau turun berjumpa doktor dengan mulut berbau longkang, lidah tebal dengan selaput dan lelangit kau juga berselaput, baru diberitahu kau boleh berus gigi dan lidah. Juga berkumur. Adoyaiiiiiii.
Terima kasih doktor yang membersihkan segala macam kotoran dalam mulut aku. Dengan sabar membersihkan dan mencuci luka dalam mulut aku.
Apa yang ku berus????????
Dan esoknya pada hari keenam aku mula memberus entah apa yang kuberus kerana lidah, gigi, bibir dan gusi aku kebas semuanya tak terasa.
Dan cermin hanya ada di luar kamar mandi ward anda. Sekianlah nak bawa cermin bagai masuk ke kamar mandi.
23.1.2015
Hari ini...
Masih agak sukar mengatur rentak pipi, bibir dan lidah dalam komunikasi.
Eksesais bibir dan pipi kena aku buat selalu. Memuncungkan bibir dan beberapa gerakan bibir dan pipi lagi bagi memastikan urat serta saraf bahagian pipi dan bibir terangsang.
Aku pelat.
Ketawa juga menyakitkan pipi setelah menyaksikan ulangan maharaja lawak mega. Baru aku tahu ketawa meletihkan dan menyakitkan otot pipi. Hari ini memang aku tak mahu menahan ketawa.
Ada yang menegur aku kena strok...
Subhanallah....
Adakah terlalu nampak kesannya?
Biar masa menentukan...
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.