Tuesday, 6 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Malam nie terasa nak update sesuatu bila dah lama berhenti berblog... Atas kesuntukan masa.
Terasa sayu pulak. Esok pagi 7.1.2015 aku akan menjalani satu lagi pembedahan. Membuang tumor. Di bahagian rahang kiri aku. Rupanya bengkak dipipi yang disangka sakit gigi adalah tumor. Mudah mudahan pembedahan esok berjalan lancar.

Aminnnnn... Kali ini tiada sedara mara mauhupun ibu tersayang yang tahu aku akan dibedah esok pagi. Biarlah rahsia. Aku tak mahu dilawati oleh saudara mahupun handai taulan. Cukuplah blog ini untuk menghilangkan gelisah di hatiku malam ini.

Cuma dalam wassap mama n abang aku pohon doa untuk mesyuarat aku kononnya esok pagi. Mudah mudahan doa mereka mengiringi aku. Aminnnnn. Berkat tarikh no kegemaran aku. 7. Tujuh. 

Hmmm kali ni menjadi penghuni wad kelas tiga....

Nasib aku baik. Dapat lot tepi. Huhuhu leh tgk tgk luar. 




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.