Thursday, 22 January 2015

Jangkitan pada luka pembedahan

Hari ni ke HKL lagi. Kali ni berjumpa Dr. Yang comel. Juga yang sering melawat aku di ward bersama Dr. fadhli Reza. Dr. Jonathan. Jadinya memang disahkan luka aku terkena jangkitan. Walaupun tak teruk namun ianya agak membimbangkan. Manakala luka bahagian dalam semakin cantik membaik. Syukur Alhamdulillah.

Tiada sedutan boleh dilakukan terhadap bahagian yang sudah mula lembik itu kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan semakin teruk. Jadi Dr. jona hanya berikan antibiotik sahaja dan aku perlu ke HKL lagi pada 29.1.2015. Jika ianya diiringi demam dan bertambah teruk, aku perlu ke sana dengan seberapa segera.

Krim ini mungkin dapat membantu

Semoga kuman yang sedang bergembira dalam luka aku bertambah lemah dan mati. Aminnnnnn...

2 comments:

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.