Showing posts with label Mecobalamin. Show all posts
Showing posts with label Mecobalamin. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Review hari ini

Review hari ini:

Hari ni berjumpa ramai pakar pakar. Walaupun lambat sampai. Pertama berjumpa dengan si cantik serta lemah lembut, Dr. Nur Aizilia Khairudin. Lepas tu dr. Aizilia panggil pakar bedah mulut yang sama sama berada di dewan bedah aritu, Dr. Hanim. Nampak dan bertembung juga dengan Dr. Jonathan serta Dr. Fadhli Reza. so, Antara dapatan hari ini:
- luka dalam mulut hampir 90% sembuh namun masih ada benang yang belum hapus di bahagian dalam mulut
- tegang dan bengkak masih ada lagi dan akan jumpa dr. Lagi dalam masa dua bulan dari sekarang.
- beberapa benang jahitan otot dalam yang terkeluar dikerjakan oleh Dr. Hanim kali ni, ditarik keluar selagi dapat dan dipotong. Sakit? Fuhhhh sakit derrrrr... Benang dah tertanam dalam isi ditarik. Huuuu namun apalah sangat kesakitan ni. Masih boleh bertahan. Jika tak dikeluarkan dan ianya terkeluar sendiri boleh dapat jangkitan lagi sekali seperti yang terjadi dulu.
- implan gigi kiri bahagian geraham tidak disyorkan kerana keadaan rahang yang dibuang tempoh hari tak mengizinkan implan dipasang
- dr. Hanim mencadangkan agar gigi belah kanan yang masih baik dijaga dan di letakkan implan bila dah kukuh dan cukup baik
(Sayangnya aku tak bawa ipad atau hp untuk rakamkan gambar plat yang dipasang di rahang kiri aku untuk dijadikan simpanan)
- bekas jahitan dan pembedahan boleh mula diletakkan krim vitamin E dan boleh diurut perlahan lahan bagi melembutkan otot serta kesan parut yang timbul. Ada sesetengah bahagian yang tebal parutnya.
- sekali lagi, masa jadi faktor menentukan semua kebas dan tegang jadi lebih baik.
- dan sekali lagi diceritakan betapa tumor itu meliputi bahagian yang cukup besar dan terpaksa dibuang hingga kesannya agak lama baru pulih seperti yang aku alami sekarang. Dengan bantuan mandible arca yang diterangkan secara terperinci oleh Dr. Hanim
- teruskan makan mecobalamin 500mg untuk pemulihan saraf. Oleh kerana bekalan dari spine ortopedik masih ada tiada sebarang ubat dibekalkan untuk aku kali ni

Tambahan cuti sakit hingga 18.2.2015 sehingga raya cina lah aku cuti. Insyaallah yang terakhir. Dan akan datang lagi ke Klinik Bedah Mulut pada 13.4.2015 akan datang. Sayonara. Hingga jumpa lagi.
Audious...



Thursday, 29 January 2015

Check up 29.1.2015

Checkup kali ke tiga. Kali ni dengan doktor pertama aku jumpa. Dr. Nur Azilia Khairudin. 
Benang jahitan yang tertinggal di pat lima tempat tu benang jahitan otot dalam. Bukannya jahitan kulit luar. Kalau ditarik buang pasti berdarah. Benang kaler ungu tu akan dibiarkan saja hingga reput dan hilang sendiri. Cuma dia buang yang terkeluar tu jer.

Dan kali ni juga buang jahitan dalam mulut untuk mengelak dari makanan terlekat dan kuman berkumpul di situ. Berdarah juga semasa aktiviti dijalankan. Tapi sakit sikit jer.

Tunggu kejap, Dr. azilia panggil Dr. Shamsul. Boss besar bawah HOD kat Klinik Bedah Mulut HKL. Antara penerangannya yang baru dan yang ulang tayang adalah:
- tumor lebih banyak menyerang tisu daripada tulang rahang
- plat dipasang untuk mengelakkan rahang patah
- mungkin akan dibiarkan atau dibuang semula melalui pembedahan sekali lagi bergantung pada keadaan
- hasil analisis tumor yang dibuang syukurlah bukan kanser. Namun kebarangkalian untuk ia tumbuh lagi akan ada dan berjaga jaga jika ada sebarang kelainan. Ada namanya tapi aku lupa nak tuliskan. Sebab nampak Dr. Shamsul rujuk surat dan kertas dari fail aku
- tumor menjadi kanser juga ada kebarangkalian dan dia hanya tersenyum comel menjawab pertanyaan ku
- bengkak bawah dagu perlukan masa untuk sembuh dan masa penentu segalanya
- perlu datang lagi untuk ulangan pemeriksaan pada 12.2.2015

Dr. Azilia
- untuk gigi geraham yang dibuang tiga batang, boleh buat gigi palsu ataupun implan
- boleh buat di Klinik yang sama
- massage boleh buat ke atas bengkak untuk lembutkannya. Tunggu dua minggu lagi
- sebarang rawatan gigi juga kena tunggu lagi dua minggu
- ubat saraf ditukar dari Vitbion Forte Tablet tu ke Mecobalamin 500mg (tapi oleh kerana spine aku juga  telah dibekalkan ubat yang sama jadi aku tak nak amik dah. Cuma tramadol jer aku minta dari dr.)