Showing posts with label pancing. Show all posts
Showing posts with label pancing. Show all posts

Wednesday, 16 September 2015

Dorani Bayu Resort lagi...

Cuti Hari Malaysia 2015 ni kami ke Dorani Bayu Resort lagi. Menikmati keindahan air pasang dan surut serta melihat keindahan ciptaan Ilahi yang maha Esa...

Dari sliding door laut terbentang indah dan tenang

Kemudahan asas yang mencukup. Tapi usang la langsir, peti ais tv dan terutama tilam dan bantal. Yang lain terbaik untuk chalet tepi laut.

Pemandangan laut dari chalet no. 9

Jerubu agak kurang hari ni. Aktiviti memancing boleh dilakukan. Tapi sayang hingga jam 6 petang tiada seekor ikan pun yang mengena pancing kami. X da rezeki kami lagi kali ini. Cepat lah ikan di hari Malaysia ini. Datang la beramai ramai memakan pancing kami.

Dapat lihat bot bot nelayan kita yang kecil kecil jer mencari rezeki. 

Bot demi bot bergerak keluar dari jeti menangkap ikan... Mudah mudahan murah lah rezeki kalian.