Tuesday 10 November 2015

Philip Island

Tetiba malam ni teringat kenangan ke Philip Island. Masa nak ke Melbourne aritu memang zero pengetahuan. Tak tahu satu apa pun tetapi lepas google pengalaman orang, maka terbuka lah minda. Mama teringin sangat nak ke Philip Island dan lihat salji. Masa kat Malaysia bila tengok pakej pakej tour derang memang rasa tak mampu. Tapi bila fikir fikir permintaan mama, aku pejamkan mata dan cuba cari dua pakej tu. Yang dah tentu makan dua hari. Satu hari pakej ke Philip Island. Satu lagi pakej salji. Target nak ke Mount Buller. 

Sampai Melbourne pun masih teringat ingat permintaan mama. Kena tunaikan. Kalau tak aku yang akan menyesal seumur hidup.

Indahnya mula mula selamat mendarat di Airport... Selepas mengharungi 8 jam perjalanan. Alhamdulillah selamat tiba.


Di hotel penginapan kami, Tune Hotel banyak risalah tentang pakej pakej tour. Ada pelbagai. Dan harganya memang mahal. Lebih kurang RM420 per orang. Semua lebih kurang.

Tapi kalau dah dikatakan rezeki, kami dapat pakej tour sehari ke Philip Island dengan harga yang berbaloi baloi. Lagi berbaloi dengan pakej tour Islam dengan pemandu pelancong orang kita kita. orang Singapore kawin dengan orang Malaysia dan kerja di Melbourne.

Syukurlah. Impian mama ke Philip Island terkabul...

Indahnya saat ini... Pemandangan juga terlalu indah... Subhanallah...



Keluar awal pagi, pulang ke hotel lewat malam...








No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.