Permulaan aku mendapat konsultansi dari doktor lain. Gred 52. Lepas Miss Azlin dah habis dengan pesakitnya yang ramai menyerbu, dia pun datang ke bilik 22.
Penemuan x-ray semalam, membuatkan aku semakin rasa tidak selamat. Satu lagi tulang sedang mengalami kehausan dan sedang menuju ke arah yang sama. Kali ini di bahagian bawah Lumbar. Sacrum namanya. Atau tulang kat bahagian punggung.... Macam diagram kat bawah nie.
Sumber dari Google
Miss Azlin baru cerita kat aku semalam. katanya patutnya masa operation hari tu buat sekali tapi rasa macam melampau la nak buat sekaligus. So sekarang hanya tunggu dan lihat jer. Tunggu keadaan menjadi penentu. Bila tulang tulang yang lain telah disokong, tulang di bahagian bawah mengalami risiko yang amat tinggi untuk menjadi teruk. Namun aku berdoa agar Semoga dipermudahkan Allah. Aminnnnn
Kaki yang tertarik
Carian internet ku mendapati antara kegunaan Gabapentin ialah untuk merawat sawan (epilepsy).
Dimana mereka yang mengalaminya ada masa masanya tidak dapat mengawal electrical aktiviti di otak mereka. Jadi Gabapentin ni membantu aku mengawal aktiviti electrical di otak.
Gabapentin juga merawat kesakitan saraf periferal.
Hurmmmm... Kali ni agar tersentap sikit.... Dengan penerangan Miss Azlin. Dan cuti sakit aku disambung lagi.
--------------
Masih tak boleh bongkok.
Masih tak boleh angkat berat.
Boleh urut tapi jangan sentuh bahagian belakang yang ada besi tu.
Borang permohonan OKU aku telah ditandatangani oleh Miss Azlin Syukur Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.