Sunday, 10 November 2013

Masih ada lagi...

Sakit bahagian kaki kiri aku bermula lagi malam tadi. Sebaik saja aku update pasal entri sakit tu. Tapi mujurlah tak kerap. Kali ni sakit tu berpindah ke bahagian buku lali dan kawasan sewaktu dengannya pulak.. Huhuhu. Sabo jer lah. Kali ni aku dah insaf. Diam jer dan sabar. Huhuhu. 

Pagi pagi bangun sakit kat tapak kaki jer. Aik.... Tau lah Khamis ni nak g check up lagi. Jangan jangan nak menunjuk2 kat doktor tak? Bluekkkkkkk.... :-P

Hurmmm... Nak tulis entri pasal Chalet tepi sungai lah.

Nibong Resort

Pernah menginap di sini. Motel dipanggil. Murah giler. Hanya RM60 sahaja satu malam untuk bilik yang ada aircond, katil queen, pemanas air, ada almari, hanger baju, sabun, tuala, siap ada air RO dua botol lagi. Paling best, dekat dengan tempat makan, sangat tepi sungai dan sangat tepi laut. Kaki pancing leh la menginap kalo nak rehat rehat. Ada jeti jeti nelayan untuk memancing. Ikan yang aku dapat belukang dan sembilang. Tu jer. Gelama tak masuk la kat alur sungai ni.... Sangat mendamaikan suasana di alur sungai ni. Ada pokok bakau, ketam, siput dan belacak....

Huhuhu sangat semuanyalah. Tapi janganlah harap barang barang ni standard bintang bintang. Kira cukup sekadar ada sudahlah. Kang tak tercapai dek akal harapan korang plak. Layan gambar nieee....


Kemudahan asas yang lengkap...


Sangatttttt dekat dengan tempat makan, sungai dan laut. Aku nyer motel no. 4. Ada 4 bilik jer kat sini. Ada chalet tepi sungai juga. Harganya RM80 semalam. Ada satu lagi jenis penginapan lagi murahhhhh RM40 semalam. Homestay type. Yang nie aku tak try tengok lagi. Insyaallah di lain waktu kalu ada rezeki aku kemaskini.

Siapa berminat, sila hubungi En. Muzakir di talian 019-3390449 
Free promotion dari aku. Huhuhuhu. Aku promote coz aku suka tempat nie... Kat depan motel nie ada bot pancing yang boleh disewa oleh kaki kaki pancing. Nanti aku update no nya.




No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.