Thursday, 21 November 2013

Besi masuk tulang belakang?????

Pertanyaan seorang wanita india semasa aku menunggu giliran berjumpa Miss Azlin pada 14.11.2013 baru baru ini membuatkan aku lebih rajin menjelajah laman sesawang bagi melihat prosedur TLIF itu atau apa sahaja prosedur memasukkan besi ke dalam tulang belakang. Dia tanya macamana rasa ada besi. Sakit ker? Ada cucuk cucuk ker? Apa macam bentuk?

Aku terangkan sikit sebanyak tentang apa yang aku tahu. Aku juga cakap, aku adalah hasilnya. dengan lapan skru, dua rod dan dua disc yang dah diganti. Kalau banyak penerangan aku kang dia lari dari hospital plak. Aku juga tunjukkan filem gambar tulang blakang aku yang sangat cantik pada mata aku. Hari hari kalau boleh aku nak tengok. Seriussss aku jatuh cinta pada gambar itu. Huuuuuuu pas tu dia berbincang bincang dengan anaknya pasal pembedahan yang bakal dia hadapi. Moga dia berjaya. (Dia juga heboh memanggil anaknya melihat sama gambar x-ray aku) opsssss.... Kecoh sebentar di perkarangan bilik itu. Sorry... Nasihat aku jangan dengar cakap orang termasuk aku. G masuk jumpa Dr. Nor Azlin Zainal Abidin yang bijak lagi baik hati. Dengar cakap pakar bedah.

Berbalik kepada pokok persoalan utama tadi....
Sesungguhnya ia bukanya satu proses yang mudah. Silap silap cucuk akan terkena saraf tunjang atau lebih mesra dipanggil spinal cord. Huhuhuhu... jadi semasa proses pembedahan terlalu banyak perkara yang perlu diambil perhatian.

Aku translate sendiri dan guna pakcik google. Sorry kalau salah sikit sikit. Dipetik dari:
http://mmcneuro.wordpress.com/2013/02/28/making-sure-pedicle-screws-are-correctly-placed-during-spine-surgery/

screw

Skru pedicle dimasukkan ke dalam tulang melalui lumbar pedicle ke dalam anterior vertebral.






bad screw

Kata artikle ini sebanyak 70% pesakit yang menjalankan spinal fusion dengan instrumen dimasukkan ke dalam tulang akan mengalami skru yang tidak kena letak pada tempatnya. walaupun hanya tersalah dalam satu atau dua milimeter dan hanya 5-10% dari skru yang tersalah tersebut membimbangkan. 

Walau bagaimanapun, kejadian sebenar new neurologic defisit dari skru tidak kena pada tempatnya adalah lebih rendah, dianggarkan kurang daripada 2 per 1000 skru dalam satu kajian baru-baru ini. 

Walau bagaimanapun, ini masih membimbangkan, kerana adalah sukar untuk mengesan skru yang tidak kena pada tempatnya semasa pembedahan sedang dijalankan.

Penempatan skru pedicle ke dalam tulang boleh diperiksa oleh: pemeriksaan langsung dan rabaan dengan tangan, fluoroskopi, ujian elektrik, navigasi berkomputer atau sistem Pediguard.

------------------

Tengok gambar kat atas tu rasa ngeri plakkk. Patutlah Miss Azlin suh aku jaga baik2 tulang blakang dalam tempoh 3-4 bulan pertama ni. Dalam masa pembedahan dijalankan juga boleh jadi skru salah letak. Apatah lagi setelah pembedahan selesai. Jangan bongkok juga salah satu cara menjaga skru tersebut. 

Gambar kat bawah lebih jelas bentuknya.







Lagi gambar dari http://www.spine-health.com/





No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.