Tuesday, 19 November 2013

Ortopedik, HKL: Sesi Q & A pada 14.11.2013

Sesi Q & A with Dr. Sharidan Shamsul Baharin dan Miss Azlin@14.11.2013

Q: kenapa masih kebas di kaki kiri?
A: perkara ini normal kerana lepas operation kadangkala ada saraf yang kembali terhimpit.

Q: bolehkan foot drop sembuh?
A: beri masa. Ada yang boleh baik walaupun tak sempurna. Sikit sebanyak dia akan bertambah baik dengan makan ubat, fisio dan masa menjadi pengubat.

Q: kenapa terjadi kaki tertarik tarik di waktu malam?
A: tiada jawapan sebaliknya arahan untuk mencuba satu ubat baru. Gabapentin 300mg

Q: xray ok tak?
A: harus berhati hati dan jangan jatuh lagi. Kelihatan tulang di bahagian bawah iaitu sacrum akan haus dengan lebih cepat. Sepatutnya masa operation hari tu boleh buat tapi agak melampaui batas. Jaga baik baik. Dengan adanya degenerative disc, lambat laun akan merebak ke tulang bawah pula.

Q: apa definisi berat. Jangan angkat berat? Beras 5 kg boleh angkat tak?
A: whoaaaaa... Berat tu... Tak bolehhhhhh

Q: boleh urut tak?
A: boleh kecuali tempat operation dan ada besi jangan sentuh. Foot Massage lagiah ok

Nasihat tambahan:
Masih sama seperti dulu...
-Jangan sesekali tunduk 
-Jangan angkat barang berat


                  


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.