Showing posts with label Ortopedik HKL. Show all posts
Showing posts with label Ortopedik HKL. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Checkup ke tiga-14-11-2013

Alhamdulillah. Semalam walaupun lambat hingga jam 1.30 petang berada di HKL, semuanya berjalan lancar.
Permulaan aku mendapat konsultansi dari doktor lain. Gred 52. Lepas Miss Azlin dah habis dengan pesakitnya yang ramai menyerbu, dia pun datang ke bilik 22. 
Penemuan x-ray semalam, membuatkan aku semakin rasa tidak selamat. Satu lagi tulang sedang mengalami kehausan dan sedang menuju ke arah yang sama. Kali ini di bahagian bawah Lumbar. Sacrum namanya. Atau tulang kat bahagian punggung.... Macam diagram kat bawah nie.

Sumber dari Google

Miss Azlin baru cerita kat aku semalam. katanya patutnya masa operation hari tu buat sekali tapi rasa macam melampau la nak buat sekaligus. So sekarang hanya tunggu dan lihat jer. Tunggu keadaan menjadi penentu. Bila tulang tulang yang lain telah disokong, tulang di bahagian bawah mengalami risiko yang amat tinggi untuk menjadi teruk. Namun aku berdoa agar Semoga dipermudahkan Allah. Aminnnnn

Kaki yang tertarik

Masih ingat entri aku yang sakitttt sangat sangat kat kaki itu? Miss Azlin berikan ubat baru untuk tarik tarik di kaki tu. Namanya Gabapentin 300mg. Dia macam sudah menjangkakan bahawa itu antara gejala gejala yang bakal dihadapi oleh pesakitnya. So bila aku bercerita kesakitan yang aku hadapi, terus dia dapat menangkap apa yang aku alami.

Carian internet ku mendapati antara kegunaan Gabapentin ialah untuk merawat sawan (epilepsy).
Dimana mereka yang mengalaminya ada masa masanya tidak dapat mengawal electrical aktiviti di otak mereka. Jadi Gabapentin ni membantu aku mengawal aktiviti electrical di otak. 

Gabapentin juga merawat kesakitan saraf periferal.

Hurmmmm... Kali ni agar tersentap sikit.... Dengan penerangan Miss Azlin. Dan cuti sakit aku disambung lagi.

--------------

Masih tak boleh bongkok.

Masih tak boleh angkat berat.

Boleh urut tapi jangan sentuh bahagian belakang yang ada besi tu.

Borang permohonan OKU aku telah ditandatangani oleh Miss Azlin Syukur Alhamdulilah.


Wednesday, 13 November 2013

Jom checkup kali ketiga...

Salam buat pembaca blog semua...

Sedang menunggu Miss Azlin yang baik hati datang ke kliniknya. Berdebar debar menunggu dengan membawa dua keping x- ray... 



Setia menunggu di ruangan ini...


Wednesday, 28 August 2013

Sesi Bersama Miss Azlin@ Klinik Ortopedik, HKL

Sesi Q & A with Miss Azlin@22.8.2013

Pinggul kebas
------ ambil masa sikit coz ada letak alat apa tah sepanjang 12 jam pembedahan berjalan. 

Punggung x boleh angkat
------- beri masa sikit lagi

Nak berdiri dari duduk sakit 
-------- juga perlu sabar dan beri masa

Foot drop masih ada lagi
-------- part ni aku sedih sikit. Macam yang pernah diingatkan dulu, foot drop ni mungkin dah tak boleh sembuh coz dah lama terbiar. Sedihnyaaa...

Boleh drive tak?
------kalau dah ok cubalah... Tak sakit dah ker?

Kenapa operation ku lama?
------- macam yang saya cakap dulu, u dah pernah buat operation, sebab ada parut luka lama
Kena hati2... Parut kat dalm tu.

Cara pakai corset n bila perlu pakai?
-------3 bulan penuh pakai. Tiap masa kecuali baring jer.

Luka operation dah ok kan?.. Aku iyakan coz Miss Azlin tak check coz aku pakai corset

Nasihat tambahan:

-Jgn pusing pusing badan kuat kuat atau jangan pusing langsung
-Jangan sesekali tunduk 
-Jangan angkat barang berat


------ yang ni jer ingat. Mama masuk juga dengan aku kali ni. Kalu ingat alu update okay... Daaaaa