Tuesday, 28 March 2017
Monday, 27 March 2017
Instinct.. Naluri
Salam semua pembaca blog...
Selalu dengar perkataan instinct.
Naluri .. Telepati
Contoh yang sering terjadi, bila kita teringat akan seseorang. Tidak berapa lama orang yang kita ingati akan menghubungi kita. Dan kita akan berkata... Ehhhh aku baru teringat kat hang...
Ehhhh minggu sudah saya tersebut nama kamu..
Aku juga begitu
Sering aku teringat akan seseorang, dan orang itu juga akan teringat aku.
Besarnya kuasa Allah kan
Menghubungkan minda dua manusia hanya dengan kuasa tepati.
Teringat pula buku bacaan Tamar Jalis.
Di mana datuknya menghubungi sahabat dari seberang hanya melalui telepati dan kuasa angin untuk menyampaikan berita.
Subhanallah.
Wednesday, 17 August 2016
Cempedak, si buah cempedak
Kali ni try beli sebiji cempedak. Dua kilo sebiji. Tak tahu isi warna apa.
Ini buahnya
Dan tak pernah belajar cara mengenal buah cempedak yang baik. Selalu makan yang arwah abah beli jer.
Jap ek... Cer kita buka apa warna isi dalamnya?
Woww oren... Syukurlah. Cantik buahnya... Hmmmm.. Macam ni lah kehidupan kita juga kan.. Kadang pilihan tepat. Kadang pilihan di luar sangkaan. Tapi siapalah kita untuk menolak takdirNya....
Alhamdulillah.. Mari kita rasa pula apa rasanya.
Wednesday, 22 June 2016
Doakan daku
Di bulan Ramadhan yang mulia ini juga aku nak berkongsi sesuatu dengan semua pembaca. Doakan agar impian aku berjaya. Doakan agar perancangan aku berjaya. Impian aku untuk membuka kedai runcit akhirnya cerah. Pak cik dan mak cik yang sekarang ini mencari rezeki di Kota Damansara sanggup pulang ke kampung. Jadinya aku merancang untuk mereka menjaga kedai runcit. Aku modalkan dan mereka jaga dengan bergaji bulan buat sementara waktu.
Kedai papan. Masih kukuh. Rezeki aku. Asalnya ini kedai arwah opah n atuk. Orang tua abah. Abah yang modalkan kedai ini. Sejak opah tiada, abah juga tiada kedai ini terbiar begitu sahaja. Hanya rumah belakangnya sahaja yang disewakan. Jika tak sewa, reput macam tu je.
Rak kayunya juga masih kukuh. Cuma aku beli plywood dan tampal. Tenaga kerja aku semua sedara terapat. P.cik, m.cik, sepupu dan aku sendiri. Asalnya rumah kedai ini sangat kotor, bersepah hasil pencuri yang memunggah kedai ini. Dengan harapan menjumpai barang berharga. Nanti bila ada aku share di sini. Gambar sebelum.
Ada lebih kurang enam rak yang kayu nya dalam keadaan terbaik. Kukuh. Jadi syukurlah aku tak perlu keluarkan belanja yang banyak. Repair mana yang patut. Kedai dah bersih 90%. Tinggal repair atap zink sikit, buat wayaring baru. Insyaallah settle. Bulan Ogos m.cik aku dah boleh berniaga.
Barang barang ada yang telah aku beli sikit sikit semenjak bulan lepas. Guardian ada sales beli dua percuma satu. Time tu lah aku beli sikit2.
Moga berjaya hendaknya... Amiinn...
Salam 17 Ramadhan
Rindunya menulis. Dah lama aku tak ke sini. Mencoretkan sesuatu. Kali ini tergerak hati ingin berkongsi langit Ramadhan. Dah masuk Ramadhan ke 18.
Monday, 21 March 2016
Doli kuey teow goreng taiping
Jam 12 tghari. X der orang. Tengok review orang. Ramai yang komen pasal derang tak nak layan orang yang tak nak toge. Aku pun x suka toge. Tapi x pa. aku rajin. Leh asing tepi. Krikkk krikkkk krikkkk...
Yang terkini.... Buka seawal jam 11 pagi. Sebelum ni aku google buka jam 12 tghari.. Miawwwwwwwww...
Bawa mama... Ke langit ke bulan akan ku turuti.. Krikkkk krikkkk krikkk krikkk
Friday, 11 March 2016
Thursday, 10 March 2016
Wednesday, 17 February 2016
Cherry buat Mama
Seorang rakan ke MBG di institut Jantung Negara. Aku kirim buah cherry padanya. Akan ku hadiahkan pada mama. Khas untuk mama. Kali ini terkejut aku tengok buahnya. Sangat besar. Segar dan tangkainya banyak yang masih hijau. Syukur Alhamdulillah. Rezeki mama.
Sunday, 7 February 2016
Sirsak@durian belanda
Ini dia buah yang senang didapati di Indonesia. Selain buah avocado. Iaitu buah durian belanda.ndi Indonesia di panggil sirsak. Kalau kat kampung umah mama dah lebih lima kali beli buah ni namun hampa. Peram tak masak dan buahnya hitam. Tak boleh dimakan. Isinya bila dibelah hitam. Pernah sekali je jumpa. Orang potong rumput rumah mama. Dapat buahnyanyang masak di pokok. Itu diberinya pada mama. Barulah merasa isinya yang juicy dan manis.
Dan inilah buah yang telah masak ranum. Kecil. Abang beli dengan harga RP6ribu sahaja. Iaitu kira kira RM1.80 sebiji. Balik ke hotel terus aku belah dan makan ramai ramai. Memang manis dan bersari. Huhuhu syukurlah.
Jika buah doyan belanda ni masak ranum, kulitnya boleh disiat macam tu je lantas terus dimakan. Memula aku tak suka. Tapi bila dah mula rasa ok lah rasanya. Boleh diterima tekak dan sedap.
Subscribe to:
Posts (Atom)