Thursday, 3 September 2015
Thursday, 27 August 2015
Tambah Koleksi
Hari ni tambah lagi satu matawang yang aku kumpul. Saja je kumpul. Tak banyak pun yang ada dalam simpanan. Kalau ada yang murah hati nak bagi silakan. Hehehe. Kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan.
Ini matawang Afrika Selatan. Dari Cape Town datangnya. Boss yang baik hati balik dari Cape Town simpankan dua helai untuk aku. Terima kasih boss...
Yang ini paling aku sayang. Dari negara Bhutan.
Saturday, 8 August 2015
BFF... Sahabat Dunia... Akhirat?
Salam buat semua pembaca...
BFF dulu x pernah dengar pun tiga huruf ni. Dua tiga tahun keblakangan ni baru meluas digunakan. Maksudnya, best fren forever, bersahabat baik selamanya.
Ada ke orang dalam dunia ni yang tak ada BFF?
Rasanya mesti ada satu kalau tak banyak pun.
Sebab yang ni susah nak cari.
Kawan memang ramai.
Tapi sahabat dunia akhirat susah di cari.
Aku amat bersyukur kerana dikurniakan BFF. Sejak dari aku belajar di IPTA 1998 dulu, aku kenal dua orang sahabat ini.
ASIAH dan MULIATI
Sama umur sama tahun lahir, sama grad, sama angka lahir (satu angka), sama masuk kerja, sama bidang kerja, sama sama anak kelahiran Perak, sama beli kereta, sama beli rumah. Cuma tak sama, aku belum kawin mereka berdua dah selamat. Tahun yang sama 2009 dan bulan yang sama. Huhuhu memang kami berjodoh bersama.
Hadirnya mereka dalam hidup aku cukup bermakna.
Saat aku suka duka, susah senang, tawa riang, sangat sedih, tiada semangat, mereka sentiasa ada.
Cuma antara aku dan Yati agak renggang kerana urusan rumah tangga nya yang sibuk serta urusan keluarganya. Anak juga nak masuk empat orang. Jadi agak jarang berjumpa berbanding ASIAH.
Sangat kerap berjumpa. Apatah lagi berwasap dengannya. Mungkin kerana dia tiada rezeki lagi dikurniakan anak. Maka nya dia banyak masa terluang utk aku.
Syukur Allah kurniakan mereka dalam hidup aku. Tanpa mereka, hidup aku mungkin tidak sekuat sekarang.
Thursday, 6 August 2015
Tram yang best...
Kenapa tram tak ada di Kuala Lumpur...
Alangkah indahnya jika di Kuala Lumpur ada tram.
Senang bagi warga OKU dan orang tua untuk naik pengangkutan awam di kota raya.
Tram ni senang.
Tak payah panjat tanggga tinggi.
Tak payah pakai eskulator bagai.
Tak payah bina landasan tinggi tinggi.
Cuma rel di tengah jalan raya.
Kenapa ianya efisen?
Kerana stesennya n perhentiannya betul betul tepi bangunan yang strategik.
Cth di Melbourne...
Perhentian tram hanya dua tiga meter dari bangunan ..
State library, hotel, mall, kedai, muzium, hospital, klinik, universiti, kolej, pejabat..
Jadi mengapa perlu bawa kereta jika ianya terlalu efisyen?
Di kuala lumpur contohnya, aku memang tak kan jejak LRT sejak bergelar OKU ni untuk ke opis. Sebab stesennya jauh, stesennya tinggi, dari hentian ke bangunan bangunan terlalu jauh.
Bukan aku tak bersyukur..
Tapi kenapa tidak dimulakan dulu satu projek seperti ini di Kuala Lumpur contohnya.
Dari tram ke State Library sangat dekat
Lihat jarak laluan tram dengan bangunan
Tiada tangga langsung
Banyak sungguh tram, Waktu menunggu juga singkat.
Bilakah impian aku akan jadi kenyataan? Kuala Lumpur akan ada tram.
Terlalu dekat jaraknya...
Ini dari tingkap Tune Hotel. Siapa rakyat yang mahu bawa kereta jika ada pengangkutan awam sebegini?
Laluan tram dan jalan raya
Hmmm udahlah. Banyak cakap pun tak guna jugak. Jika pentadbir tak melihat apa yang sesuai untuk rakyat.
Wednesday, 5 August 2015
Selamat pagi semua...
Masuk arini dah empat ari aku x kerja. Kaki kiri aku sakit dan terpeleot kerana tersepak cadar kat bilik. Bunyinya lawak tapi bila kaki dah weak, semua benda jadi merbahaya pada aku. Mujur tak jatuh jer.
Subscribe to:
Posts (Atom)