Layan jer...
Thursday, 29 October 2015
Monday, 26 October 2015
Bunga ros daun Pandan
Ternampak dalam surat khabar minggu lepas pasal gubahan bunga ros dari daun pandan. Mama yang tunjukkan. Mama kata cantik. Opssss terlepas pula mulut ni kata.. Alaaaaa.. Senang je tu ma. Adik pun boleh buat. Alamak. Ter riak pulak... Huhuhu apa leh buat dah tercakap. Haaaaa buat la mama nak tengok.
Terpaksa la tunjuk skill petang ni. Hujan pun dah berhenti. Daun pandan mama yang segar tu aku ambil lima enam helai. Dekat je tepi rumah. Tepi pintu dapur. Apa lagi. Mulalah memintal.
Thursday, 22 October 2015
Malam ini...
Peristiwa malam ini membuat jantungku tersentak
Hati berdebar
Darah mengalir laju
Mendengar berita kematian ini tadi membuat aku terpaku seketika
Kembali merenungi kekuasaanNya
Dia yang maha Esa
Yang menentukan tiap saat dan detik apa yang akan berlaku
Ya Allah betapa besarnya kekuasaanMu ya Allah...
Dia datang ke Malaysia kelmarin
Membawa satu misi yang besar
Buat komuniti yang sama perjuangannya dengan kami
Berbengkel
Berdiskusi
Bergurau senda
Makan malam
Berbincang
Bentangkan paper
Tiada sebarang tanda
Tadi
Majlis makan malam berjalan lancar
Hingga dalam perjalanan balik ke hotel
Berdekatan dengan institut jantung negara
Dia tak sedarkan diri
Dan disahkan meninggal dunia
Damailah kau di sana
Dari Filipina kau datang
dilahirkan
Dibesarkan
Berkeluarga
Siapa tahu
Akhir hayatmu di bumi Malaysia
RIP untuk Mr. Antonio M Santos
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Filipina
............................................................
Tiada siapa dapat meramal kematian....
Adakah aku akan insaf selepas ini?
Mungkin hanya terkesan seketika
Hanyut kembali selepas beberapa detik ketika
Hmmmmm....
Kenangan bila arwah abah meninggalkan kami 8 tahun yang lalu kembali menerpa.. Meninggal dunia secara tiba tiba..
Tiada pesan tiada ucapan...
Sedihnyaaaaa....
Wednesday, 7 October 2015
Beri nama anak
Kerap kali kita dengar proses menamakan anak menjadi satu peristiwa penting dalam kehidupan setiap pasangan. Anak yang dikandung selama 9 bulan dengan penuh kasih sayang. Pada aku saat paling bahagia ialah bila lahirnya anak itu ke dunia, sihat lengkap tubuh badan dan tahu jantinanya.
Sudah pasti saat memberi nama pada baby tersebut menjadi detik terindah. Ada yang memberi penghormatan pada datuk atau neneknya. Ada yang beri pada ustaz atau orang alim ulama. Beruntung jika dapat peluang itu kan. Kadang dalam drama berebut orang nak namakan baby. Atuk nak nenek nak ibu nya sendiri kadang tak berpeluang nak namakan anaknya..
Peluang 10 tahun dulu datang lagi. Kali ni sahabat yang baru melahirkan anak lelakinya yang ketiga membuat tawaran. Ya Allahhhh.. Berdebarnya. Hahhahaa kali pertama makcik aku suruh namakan anak lelakinya yang kedua. Juga yang terakhir. Satu penghormatan pada aku. Muhammad Haikal nama pilihan aku. Dan sekarang Muhammad Haikal dah berusia 10 tahun. Bijak, baik, cerdik dan pintar. Alhamdulillah...
Dan sekarang, juga bayi lelaki. Antara nama cadangan aku Wildan atau Thaqif. Dan yang dipilih oleh ibunya setelah berbincang dengan ayahnya ialah Thaqif. Jadi anak ketiga mereka dinamakan Mohamad Thaqif. Alhamdulillahhh. Moga jadi anak yang pintar, soleh dan bijak. Berbakti pada orang tua mereka nanti. Aminnnnnnnn
Besar sungguh hati ini dapat penghormatan sebegini. Siapa kata tiada anak tiada peluang menamakan anak? Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak. Syukur Alhamdulilah...
Tuesday, 6 October 2015
Sms buat mama
Insyaallah tanpa gagal tiap hari kulayangkan sms atau whatsapps pada seorang insan yang paling aku sayangi, MAMA...
Kadang aku bagi salam sambil bahasakan dia seperti makanan atau apa saja yang baik baik macam cth:
"As salam n selamat pagi mama ku puding caramel gula hangus. Moga sihat saja dan happy sokmo. Aminnnnn"
Kadang biasa kadang tukar tukar makanan, minuman dan lain lain. Pastu sama sama ketawa sebab kadang dia pula balas makanan yang pelik pelik sebagai balasan. Huhuhuhu
Janji aku mulakan hari dengan doa buat Mama....
Buah Kelapa Muda
Ini buah kelapa dari kebun mama. Sudah keluar hasil. Syukurlah. Manis airnya...
Iklan itu menggelikan
Aku tonton tv
Tetiba iklan
Seorang tukang masak...
Tetiba tgh masak lihat belakang dan rakan hulur 'pad'
Tetiba aku rasa geli..
Kenapalah yang mengarah/merancang iklan tak der idea lain
Tetiba aku pula yang terfikir benda yang kotor kotor
Arghhhhhh hanya fikiran aku yang jahat.....
STOP...
Subscribe to:
Posts (Atom)