Thursday, 16 April 2015

Jalan Jawa, Teluk Intan, Perak

Ini rumah kuarters lama Lembaga Padi dan Beras Negara atau LPN. Dulu dulu sebelum diswastakan menjadi Syarikat Padi dan Beras Nasional atau BERNAS. Sama juga seperti LLN, Lembaga Letrik Negara yang kini menjadi TNB.
Aku lahir di sini. Di rumah ini oleh mama. Mama tak mau bersalin di hospital walaupun zaman tu kemudahan kesihatan dalam keadaan baik.


Di sinilah juga uri aku dan abang tertanam. 
Rumah lama ini masih kukuh. Dan ada yang menghuninya...
Nostalgianya.. Walaupun aku langsung tiada ingatan pada rumah ini.

Dan...
Tapi paling aku tak faham dan hafal adalah jalan di Teluk Intan. 
G lah berapa puluh kali pun, pasti kompius.



Tuesday, 14 April 2015

Pantai Sungai Burung, Sungai Besar

Ini entri lama. Baru nak upload.
Ini tempat pemancing memancing.
Uniknya air tak pernah kering di sini.
Walau surut tetap ada air. 
Cetek pun tetap ada air.
Tempat ini sangat indah. Laut tenang tapi x boleh mandi.
Memang syurga kaki pancing.
Ada gelama, sembilang, baung, belukang, senangin, dan yang paling best pari banyak telah didaratkan di sini.
Dan yang paling unik kalau bernasib baik boleh lihat ikan lumba lumba
Aku dah banyak kali lihat ikan lumba lumba bermain main di persisir air.
Berkumpulan.
Time ni air surut. Tiada kaki pancing yang memancing.
Kecuali kelibat orang cina cina dari Bagan yang memanjang rumahnya hingga ke pantai ini.

Apa pun kalau sihat n ada kelapangan aku dan mama pasti ke sini.



Monday, 13 April 2015

CheckUp ulangan- HKL

Pagi ni ke HKL lagi. Ulangan pemeriksaan. Malas plak nak ceritakan apa kata Dr. Tadi. Mood ke laut. Insyaallah untuk ingatan selanjutnya, nanti nanti aku tulis. Buat hari ini, layan gambar xray untuk hari ini.


Anak panah putih tunjukkan bahagian paling nipis tulang rahang aku. Anak panah merah plak tunjukkan tulang yang dibuang setelah dijangkiti tumor. (Abaikan gigi aku yang berterabur tuh...)
Plat titanium nie berharga rm2,000 sahaja... Murah la plak jika nak banding ngan kos titanium spine. Lain jenis la babe...
Ok.. Ni je nak share. Mood masih ke laut. Tunggu balik laut yer. Huhu