Friday, 23 January 2015

Myxoma

Pertama kali aku dengar perkataan ni bila diterangkan oleh Dr. Loges, doktok Klinik Bedah Mulut, Hospital Teluk Intan. Hati meronta ronta nak tau apakah myxoma. Inilah Diagnos penyakit aku setelah mendapat keputusan dari HKL.

Sempat la buat research sendiri mengenai myxoma.


Biasanya tumor ini menyerang hati. Namun ianya juga boleh tumbuh di tempat lain. Termasuklah rahang. Kebiasaannya rahang bawah jika dibandingkan dengan rahang atas. Jadinya kalau di rahang namanya odontogenic myxoma. Lebih spesifik.

Kesemua artikel yang aku baca, cara pengubatannya ialah dengan pembedahan. Buang sahaja tumor itu supaya ianya tidak melarat menjadi lebih besar. Dr. Reza ada gak citer aritu dalam berapa ribu orang kes ni akan ada tapi aku dah lupa rationya. Tengoklah dalam minggu depan. Kalau aku ingat nak tanya aku tanya lah.





Thursday, 22 January 2015

Jangkitan pada luka pembedahan

Hari ni ke HKL lagi. Kali ni berjumpa Dr. Yang comel. Juga yang sering melawat aku di ward bersama Dr. fadhli Reza. Dr. Jonathan. Jadinya memang disahkan luka aku terkena jangkitan. Walaupun tak teruk namun ianya agak membimbangkan. Manakala luka bahagian dalam semakin cantik membaik. Syukur Alhamdulillah.

Tiada sedutan boleh dilakukan terhadap bahagian yang sudah mula lembik itu kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan semakin teruk. Jadi Dr. jona hanya berikan antibiotik sahaja dan aku perlu ke HKL lagi pada 29.1.2015. Jika ianya diiringi demam dan bertambah teruk, aku perlu ke sana dengan seberapa segera.

Krim ini mungkin dapat membantu

Semoga kuman yang sedang bergembira dalam luka aku bertambah lemah dan mati. Aminnnnnn...

Wednesday, 21 January 2015

Penjagaan dalam mulut selepas pembedahan

Hari ni dua minggu aku menjalani pembedahan pembuangan tumor rahang. 
Cara penjagaan dalam mulut yang telah dijahit dan luka, seperti biasa, gosok gigi dan lidah dua kali sehari. 

Aku guna berus gigi kanak kanak kerana mulut aku masih sukar dibuka luas. Jadinya penggunaaan berus gigi kanak kanak amat sesuai dan selesa denganku buat masa sekarang. Selepas tiap kali gosok gigi kena kumur dengan ubat kumur yang telah dibekalkan dari HKL. Kalau dah habis boleh beli di mana mana farmasi. Macam sebelum ni aku beli je kat farmasi. Bacticol kot kalu tak salah aku nama ubat kumur tu. listerine bagai tu hanya untuk menghapus bau mulut dan kebersihan mulut. Tapi ubat kumur ni membasmi kuman dan sesuai untuk yang mengalami luka dalam mulut.

Yang ni masa kat wad dah dapat. Derang dah cairkan dengan air suling katernyer.

Yang dalam botol warna airnya biru tu ubat kumur aku.

Bab makan pula usah ceritalah. Masih berpantang sebab luka dalam mulut ni masih tersengih. Takut makanan lekat dan bakteria berkumpul. Aku juga yang susah nanti kalau tak jaga bebetul.

Jadinya tiap kali makan bubur nasi kena la kumur kumur yer.
Yang keras keras aku makan buah apple je lah. Tak tahan godaan. Tu pun siksa mengunyahnya. Sikit demi sikit lah kan.. Takat mana yang lalu.

Esok pagi pagi aku ke HKL. Ada bekas jahitan yang dah kena infection tu nak kena ngadu ler kan....

Okay mata dah ngantuk.

Selamat malam semua..


Tuesday, 20 January 2015

Help....!!!!


Dalam jam 1.30 petang aku sedari bahawa ada diantara cantuman luka bawah dagu aku mula menjadi lembut dan bila ditekan ianya seperti mengandungi air. Cuak juga aku. Terus ke klinik berdekatan dan diperiksa doktor wanita tersebut dan dia mengatakan bahawa luka aku dijangkiti kuman.

Lalu diberi antibiotik, ubat kurangkan bengkak dan krim sapu. Namun hati masih tidak sedap. Terus call Jabatan Bedah Mulut HKL dan terus diarahkan datang untuk pemeriksaan pada 22 Jan ini. Khamis.

Bahagian inilah yang dijangkiti.





Monday, 19 January 2015

Buah cherry ku lagi

Rasa macam ulang tayang. Aritu time aku keluar hospital rasanya pokok cherry aku ni berbuah lebat dan dah merah merah ranum. Kali ini jadi lagi. Pokoknya berbuah lebat. Semalam dah dipetik. Habis dimakan sepupu aku. Kali ni sebelum maghrib aku petik lagi untuk difoto.

Kali ini besar besar pula buahnya. Hingga makcik aku yang datang semalam ingat buah rokam katanya. Eh.. Cherry la cu. mana nak cari buah rokam sekarang ni. Huhuhu






Telur ikan baguk


Telur ikan. Ini ikan punya telur. Dalam satu bekas ada banyak bijinya. Huuuuu mama belikan sekali dengan ikan merah tadi. Jadinya, direbus dengan daun kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dihiris jer. Asam keping lupa aku nak letak. Direbus sekejap dan mama yang angkat sebab aku tak tahu tahap masak dia macam mana.

Boleh la aku sudukan dalam mulut sedikit. Kalau aku tak sakit, sekejap jer dah licin. Yummy...


Sunday, 18 January 2015

Sup Ikan Merah

Pagi pagi mama ke pasar. Belikan separuh ikan merah. Sebelah kaki. Eh. Ekornya. Huhuhu. Balik mama, aku la yang masak. Senang je.

Dua keping ikan merah
Dua ulas bawang merah
Satu ulas bawang putih
Seinci halia
Bunga lawang sikit
Kulit kayu manis
Sup bunjut

Bawang dan halia aku hiris nipis dan tumis 
Masukkan bahan lain kecuali ikan
Lepas tumis agak garing, aku masukkan air secukupnya

Tunggu mendidih, baru masukkan ikan
Masuk garam
Dan biarkan seketika

Tutup api.

Dah siap masak.

Jom keluar ward.... Alhamdulilah....

Antara bekalan keluar hospital. Susu tu time aku nak keluar ward, singgah depan bilik sister kejap. Bagitau aku dah boleh keluar dan say bye kat sister. Sekali dia bagi empat tin susu yang memang tulis nama aku. Untuk diminum kat ward. Tapi bukan rezeki aku. Bagilah yang pada yang selepas aku. Aku hanya amik satu tin sahaja. Sebab aku sebatang kara keluar ward. Dan akan tahan taxi bila kat bawah nanti. Berat pulak aku nak gendong. Jadinya susu dan ubat kumur warna biru tu memang dah dapat bila aku keluar ward. Ok lah. Cuma ubat saraf dan ubat batuk bila aku buka jahit, baru dapat.


Kambing Panggang


Hajat ati besar. Teringin nak makan kambing panggang. Apakah daya dah dipanggan gigi akumx mampu mengunyah lagi. Sudahnya kentang russset jer yang mampu aku sudukan dalam mulut. Masih tak,ble makan solid food la arini n esok. Sabarlah. Sabar... Nanti berat badan naik mencanak baru tau. Ni dah ok skit dah.....

Huhuhu yang dah dibakar?

Sepupu aku tolong habiskan. Hehehehhe tq tq.
Mama rasa sikit. Sedap gak katanya. Guna sos bbq heinz tu jer semata untuk perapkan daging kambing dan kentang tu.

Lohjinawi?

Bangun pagi pagi inimtiba tiba perkataan ini yang muncul di kepala aku. Entah dari mana datang nya ya? Heran juga aku....


Susahnya.... Tapi dari mana otak aku dapat malam tadi??????

Subhanallah... Allahuakbar.... Alhamdulillahhhh