Showing posts with label Mandible. Show all posts
Showing posts with label Mandible. Show all posts

Sunday, 18 January 2015

Sup Ikan Merah

Pagi pagi mama ke pasar. Belikan separuh ikan merah. Sebelah kaki. Eh. Ekornya. Huhuhu. Balik mama, aku la yang masak. Senang je.

Dua keping ikan merah
Dua ulas bawang merah
Satu ulas bawang putih
Seinci halia
Bunga lawang sikit
Kulit kayu manis
Sup bunjut

Bawang dan halia aku hiris nipis dan tumis 
Masukkan bahan lain kecuali ikan
Lepas tumis agak garing, aku masukkan air secukupnya

Tunggu mendidih, baru masukkan ikan
Masuk garam
Dan biarkan seketika

Tutup api.

Dah siap masak.

Jom keluar ward.... Alhamdulilah....

Antara bekalan keluar hospital. Susu tu time aku nak keluar ward, singgah depan bilik sister kejap. Bagitau aku dah boleh keluar dan say bye kat sister. Sekali dia bagi empat tin susu yang memang tulis nama aku. Untuk diminum kat ward. Tapi bukan rezeki aku. Bagilah yang pada yang selepas aku. Aku hanya amik satu tin sahaja. Sebab aku sebatang kara keluar ward. Dan akan tahan taxi bila kat bawah nanti. Berat pulak aku nak gendong. Jadinya susu dan ubat kumur warna biru tu memang dah dapat bila aku keluar ward. Ok lah. Cuma ubat saraf dan ubat batuk bila aku buka jahit, baru dapat.


Saturday, 17 January 2015

Pembedahan buang tumor rahang

Syukur Alhamdulillah, pembedahan pembuangan tumor di rahang bawah aku berjaya dilakukan pada 7.1.2015. Ditolak ke dewan bedah jam 7.45 dan sampai ward pada jam lebih kurang 7 petang.

Terima kasih kepada semua kakitangan di Wad NW11, Aras 3, Hospital Kuala Lumpur kerana menjaga aku sepanjang berada di sana. Perkhidmatan yang terbaik dan tulus giler. Bukan pada aku seorang sahaja tapi pada semua pesakit yang ramai giler juga di wad tu. apa motivasi mereka tiap kali melangkah keluar bekerja hingga mereka boleh jadi setulus ikhlas itu yer...??????

Ok, berbalik pada cerita aku,
Torehan kali ini agak panjang. Mungkin sama panjang dengan torehan pembedahan tulang belakang aku pada 17.7.2013 yang lalu. Tetapi kali ini kena jahitan. Erkhhhh.. Aku ingat kali ni pun sama. Main spray jer... Ok la. tapi telahan ku salah. Kena jahit sebab di bawah leher lebih banyak saraf dan urat yang bergerak ketika kita bergerak. Dikuatiri akan terbuka torehan itu.


Malam selepas pembedahan. Luka dibalut. Aku kena menggunakan oksigen. Dengan tiub di hidung yang dimasukkan semasa aku tak sedarkan diri di dewan bedah. Tiub di hidung ni menjadi teman aku selama 8 hari di HKL. Susu dan air dimasukkan ke perut melalui tube di hidung aku kerana luka di dalam mulut juga banyak yang dijahit. Di luar nampak ngeri. Di dalam apatah lagi.

Kesan torehan yang telah dijahit sulam pangkah... Erkhhhh... 
Dari tengah bawah dagu ke bawah tekak dan pusing ke pangkal telinga.

Data data carta carta jadual jadual ubat ubatan semua nya ada di hujung kaki. 

Ni juga kawan baik aku. Bergayut je ngan aku 24 jam selama 7 hari. Kemana mana dibawa. Kali ni lama sikit aku berkawan dengan dia jika dibandingkan semasa pembedahan tulang belakang aritu. Kejap je dah habis keluar darah dan air. Kali ni sampai seminggu. 

Nurse nurse yang baik hati akan datang sebelum jam 6 pagi untuk mengukur banyak mana cecair tersebut. terima kasih semua. 
Drainage ni hanya boleh dipisahkan dari badan pesakit jika cecair yang dikumpul pada setiap pagi kurang dari 10ml. (Kalu x silap aku lah). Dalam kes aku tiap tiap hari darah yang dikumpul dalam 20ml - 15ml. Jadinya harus tunggu, tunggu dan tunggu lagi hingga ianya kurang atau hingga cecair yang dikumpul menjadi jernih. Macam atas katil tu yang jernih dan keesokkannya dah dipisahkan dari aku. Bye drainage.


Jahitan ini dibuka pada 13.1.2015 secara berselang dengan meninggalkan sebahagian lagi jahitan untuk dibuka pada hari Jumaat (16.1.2015).

* Semua gambar hanya bertujuan untuk memberi penjelasan serta penerangan lebih terperinci bagi mereka yang ingin tahu. Sekadar berkongsi pengalaman. Wallahuaklam Bissawab...



Bagaimana ia bermula?

 Bermula dengan sakit gigi sahaja. Dah pergi klinik gigi dah dinasihatkan cabut. Tapi kerana fobia ngan klinik gigi jadi aku biarkan. Bulan demi bulan.

Julai 2014
Hingga ramai yang mula menegur, kenapa pipi kiri aku bengkak. Dan aku pun baru sedari raya tahun 2014 yang pipi aku bengkak sikit. Kalau pakai tudung jelas nampak bengkaknya. 
Jadi masih biar lagi. 
Sebab tak sakit. Biarkan. 
Namun Bengkak tak surut.
Dan aku sakit gigi on dan off di tempat yang sama.


27.10.2014
Pergi ke klinik pergigian kerajaan. Atas desakan mama. Mama risau sesuatu yang lebih serius dari sakit gigi. Adoyaiiii dengan berat hatinya akhirnya aku menyerah kalah. Takut gak. 
Di klinik gigi tu, Doktor mula suspek sesuatu yang luar biasa. Dia tak nak cabut gigi atau buat apa apa. Kecuali menulis surat rujukan untuk aku bawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Bila aku tanya kenapa tak,cabut jer gigi aku yang berlubang tu, dia kata takut jika ada bakteria atau apa dalam bengkak tu, jika dicabut akan merebak dan memburukkan lagi keadaan.

Jadinya dapatlah aku surat rujukan. Apa pun terima kasih doktor.

5.11.2014
Dipendekkan cerita, aku ke Hospital Teluk Intan. Merujuk ke situ sebelum ke HKL. Sebab berhampiran dengan kampung halaman. Dan tentunya mama menemani aku setiap kali aku ke Hospital Teluk Intan. 
Doktor serta jururawat kat situ semua heran tengok kes aku. Memang tak pernah ada kes macam ni sebelum aku. Tu sebab derang sangat kecoh dan ambil berat tiap kali aku ke sana. Di check dan diberikan layanan terbaekkkkk... Lima enam kali juga berulang ke sana.

4.11.2014
Biopsy telah dibuat dengan mengambil sel tisu, gusi serta sedikit tulang rahang aku untuk dihantar ke Ipoh untuk dianalisis.

12.11.2014
Buat CT Scan

19.11.2014
Result CT Scan telah ada. Namun hasil biopsy aku terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pandangan kedua dari pakar di sana.

24.11.2014
Doktor di Klinik Bedah Mulut Hospital Teluk Intan telah menyerahkan kes aku ke Hospital Kuala Lumpur. Syukur dari hasil awal, ianya bukan kanser tetapi tumor yang agresif dan perlu dibuang. Syukur ya Allah kerana ianya bukan kanser.
HTI tiada kepakaran untuk menjalankan pembedahan pembuangan tumor.

19.12.2014
Aku ke Jabatan Bedah Mulut, HKL.
Menyerahkan surat dari HTI dan semua filem CT Scan yang telah dibuat.
Gambar 3D x berapa clear la aku tangkap.

Doktor yang melayani aku terpaksa memohon agar aku menunggu buat seketika dalam bilik rawatan kerana kes aku terpaksa dirujuk kepada ketua mereka. Yang lebih pakar. Perbincangan dibuat sesama mereka dengan aku hanya mendengar.

Setelah berjumpa Doktor shamsul, pakar bedah mulut, aku disarankan menjalani pembedahan pembuangan tumor pada 31 Disember 2014.

Aku: Haaaaa? Verry soon.?????????
Doktor: Habis you nak tunggu bila?
Aku: bulan dua atau tiga boleh tak doc?
Doktor: you nak tunggu dia lagi besar ker. Kalau bulan 2 u kena buat lagi ctscan tau. I takut ianya lagi besar.
Aku: ok owww.. So ok..ok.. How bout January? SKT saya tak siap lagi dr.
Doktor: hahhaha.. Mana lagi penting? Kesihatan u atau SKT u?
Aku: buat muka sedey la... Huhuhu

Nurse... OT kosong on 7.1.2015 doc.

Doktor: so ok, kita buat 7.1.2015 ok.
Aku: okayyyyyyy....
 Dalam hati cepat plak HKL ni bagi tarikh. Ingat kena tgu berbulan bulan baru dapat rawatan. Hmmmm sangat mengkagumkan. Dan terdetik juga dalam hati Ntah ntah kes aku ni kritikal.... Kalau tak tak kan sebegini cepat.

H mmmmm aku serahkan semuanya kepada Allah yang maha esa...