Showing posts with label dental. Show all posts
Showing posts with label dental. Show all posts

Sunday, 25 January 2015

Wad NW11, Hospital Kuala Lumpur

Entri ini khusus buat warga kerja Wad NW11, HKL yang telah aku diami dari 6-14 Januari 2015.
Mohon maaf kerana gambar yang aku ambil hanya untuk tujuan peribadi dan tiada niat apa apa. Benda yang baik kongsi tak apa. Untuk pengetahuan umum. 

Sekalung tahniah dan terima kasih yang tak terhingga atas keperihatinan semua nya dalam menjaga aku. Sampai baik. Yang tolong bagi susu kat aku tiap 4 jam sekali. Periksa tekanan darah, bagi drip, betulkan cadar, tukar cadar, masukkan ubat, tukar drain dan sukat, timbang berat, bagi ubat saban jam dan segala galanya. Hanya Allah SWT yang membalas budi baik korang. Bagi korang tak da hal. Sebab memang dah tugas. Hari hari buat. Tapi bagi kami lain pulak. Terhutang budi.

Kalau ada skala 10, aku beri 9 markah kepada semua kakitangan wad ini. Tiada yang menjengkelkan aku sepanjang aku menghuni di sini. Sekaling tahniah kepada semua jururawat di Wad NW11. Doktor doktor ( walaupun aku bukan anak mereka, sekadar menumpang wad bedah ni jer... Sedih sebab diabaikan kerana mak bapak aku dental....hehehe) namun pemerhatian aku terhadap tanggungjawab mereka kepada semua pesakit tiada tolak banding. Mereka bekerja bukan kerana gaji setiap bulan. Malah lebih dari itu. Tanggungjawab menjaga nyawa dan tahap kesihatan semua pesakit.
NW11, aras 3, HKL
Matron yang baik hati. Juga lupa nama. Seorang wanita Cina kurus yang sangat lembut dan baik hati. Lim ke nama dia? Ntah...
Sister Suzana? Suhana (x sure sorry)
Staff nurse
- Azra Abu Bakar
- Rosmarina
- Liyana
- Faezah
- dan ramai lagi yang aku lupa namanya.. Ohhhh my...
Yang ni slalu aku panggil dan tgk tanda namanya....

Itu Dr. Chan. Nurse di sinun tu aku tak tahu namanya.



Beginilah saban waktu. Jam 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, petang, malam, 11 malam kadangkala juga mereka akan berkumpul dari satu katil ke satu katil. Dan seharusnya katil aku tak akan ada sesiapa datang melawat oleh para doktor. Kerana dah tertulis Oral Surgery. Tanya khabar pun tidak. Maka sudah pasti aku bukan tanggungjawab mereka. Dan mereka berlalu meninggalkan aku terkelip kelip. Huhuhu sungguh sedih. Minta ubat batuk pun nurse tak berani nak bagi. Sebab takut dr dental marah. Jiran jiran aku semuanya batuk. Jadinya aku pun turut berjangkit. Nurse pun batuk. Doktor pun batuk. Jadinya nurse kena tunggu pasukan dental datang baru boleh berikan ubat batuk pada aku. Sabo je lah. Tapi bila patient bawah jagaan mereka, bersungguh sungguh giler mereka menjaga mereka. Tanya sakit apa, suruh buat apa, jangan makan apa dan lain lain nasihat dan pemantauan tiap kali merreka datang.


Ini seorang lagi doktor yang gila dedicated bagi aku. Dalam gelap boleh lagi visit pesakit dan tulis notes. Serabai dah aku tengok doktor ni. Bagai nak gila bekerja. Sedangkan aku. Perghhh goyang kaki atas katil. Lampu pun dah mati time ni. X silap aku dan jam 12 malam namun dia masih ligat ke sana ke mari. Hmmmmmm


Teman setia. Huhu di tepi katil aku aje. Sarung tangan getah, penutup mulut, steril tangan dan wet tissue. Yang mahal tu tulisan NW11. Nurse kat blakang tu sedang suapkan pesakit perempuan yang tak boleh makan sendiri. Nurse tu tengah pregnant. Dengan penuh sabar dan kasih sayang mereka menyuapkan anak itu seperti anak sendiri. Melapikkan dada dengan tisu dan lapkan mulut. Fuhhhhhhh salute giler aku.

Katil aku. Team : oral surgery. 
Selagi derang tak datang bagi arahan kat nurse, terkapai kapai lah aku. Tak der sorang nurse pun yang berani buat lebih lebih tanpa arahan yang tertulis oleh team dental. Huuuu memang anak tiri sungguh. Hehheh sedih la ni konon. Teringat pesan Dr. Julaiha aritu hari sabtu kot. Dia pesan, u jangan kecik ati tengok tak da doktor akan datang kat you. Sedangkan pesakit lain ramai doktor melawat dan tanya khabar. Masa tu aku tak faham. Bila dah pat lima ari baru aku faham... Ooooo itu macam.


Ini rakan rakan yang datang melawat aku. Huhuhu itupun setelah aku rasuah dengan roti. Huuuuuu best bagi makan derang. Bunyi bunyi lagi. Inilah penghibur aku.


Opssss ni tak ble blah. KLCC n menara KL dari tingkap ward. Kondo pun blum tentu ada dapat pemandangan cenggini. Huhuhu... 






Sunday, 18 January 2015

Sup Ikan Merah

Pagi pagi mama ke pasar. Belikan separuh ikan merah. Sebelah kaki. Eh. Ekornya. Huhuhu. Balik mama, aku la yang masak. Senang je.

Dua keping ikan merah
Dua ulas bawang merah
Satu ulas bawang putih
Seinci halia
Bunga lawang sikit
Kulit kayu manis
Sup bunjut

Bawang dan halia aku hiris nipis dan tumis 
Masukkan bahan lain kecuali ikan
Lepas tumis agak garing, aku masukkan air secukupnya

Tunggu mendidih, baru masukkan ikan
Masuk garam
Dan biarkan seketika

Tutup api.

Dah siap masak.

Saturday, 17 January 2015

Pembedahan buang tumor rahang

Syukur Alhamdulillah, pembedahan pembuangan tumor di rahang bawah aku berjaya dilakukan pada 7.1.2015. Ditolak ke dewan bedah jam 7.45 dan sampai ward pada jam lebih kurang 7 petang.

Terima kasih kepada semua kakitangan di Wad NW11, Aras 3, Hospital Kuala Lumpur kerana menjaga aku sepanjang berada di sana. Perkhidmatan yang terbaik dan tulus giler. Bukan pada aku seorang sahaja tapi pada semua pesakit yang ramai giler juga di wad tu. apa motivasi mereka tiap kali melangkah keluar bekerja hingga mereka boleh jadi setulus ikhlas itu yer...??????

Ok, berbalik pada cerita aku,
Torehan kali ini agak panjang. Mungkin sama panjang dengan torehan pembedahan tulang belakang aku pada 17.7.2013 yang lalu. Tetapi kali ini kena jahitan. Erkhhhh.. Aku ingat kali ni pun sama. Main spray jer... Ok la. tapi telahan ku salah. Kena jahit sebab di bawah leher lebih banyak saraf dan urat yang bergerak ketika kita bergerak. Dikuatiri akan terbuka torehan itu.


Malam selepas pembedahan. Luka dibalut. Aku kena menggunakan oksigen. Dengan tiub di hidung yang dimasukkan semasa aku tak sedarkan diri di dewan bedah. Tiub di hidung ni menjadi teman aku selama 8 hari di HKL. Susu dan air dimasukkan ke perut melalui tube di hidung aku kerana luka di dalam mulut juga banyak yang dijahit. Di luar nampak ngeri. Di dalam apatah lagi.

Kesan torehan yang telah dijahit sulam pangkah... Erkhhhh... 
Dari tengah bawah dagu ke bawah tekak dan pusing ke pangkal telinga.

Data data carta carta jadual jadual ubat ubatan semua nya ada di hujung kaki. 

Ni juga kawan baik aku. Bergayut je ngan aku 24 jam selama 7 hari. Kemana mana dibawa. Kali ni lama sikit aku berkawan dengan dia jika dibandingkan semasa pembedahan tulang belakang aritu. Kejap je dah habis keluar darah dan air. Kali ni sampai seminggu. 

Nurse nurse yang baik hati akan datang sebelum jam 6 pagi untuk mengukur banyak mana cecair tersebut. terima kasih semua. 
Drainage ni hanya boleh dipisahkan dari badan pesakit jika cecair yang dikumpul pada setiap pagi kurang dari 10ml. (Kalu x silap aku lah). Dalam kes aku tiap tiap hari darah yang dikumpul dalam 20ml - 15ml. Jadinya harus tunggu, tunggu dan tunggu lagi hingga ianya kurang atau hingga cecair yang dikumpul menjadi jernih. Macam atas katil tu yang jernih dan keesokkannya dah dipisahkan dari aku. Bye drainage.


Jahitan ini dibuka pada 13.1.2015 secara berselang dengan meninggalkan sebahagian lagi jahitan untuk dibuka pada hari Jumaat (16.1.2015).

* Semua gambar hanya bertujuan untuk memberi penjelasan serta penerangan lebih terperinci bagi mereka yang ingin tahu. Sekadar berkongsi pengalaman. Wallahuaklam Bissawab...



Dr. Chan En Ze

Sepanjang 9 hari aku di wad 11 ada seorang doktor yang menarik perhatian aku. Doktor lain juga amat menarik. Amat mengkagumkan. Tetapi yang seorang ini agak unik.
Pergaulannya dengan rakan sekerja
Pergaulannya dengan nurse
Pergaulannya dengan pesakit paling istimewa bagi aku.

Dia akan menolong tanpa rasa jemu dan  penat. Memberikan kata kata semangat kepada pesakitnya tanpa mengira kaum.
" makcik... Tak boleh putus asa..."
" kena kuat"
" auntie apa khabar hari ini"
Semua ayatnya ditutur dengan penuh perasaan dan penuh semangat.membuatkan aku yang mendengar pun bersemangat dan terharu.

Kalu dalam bangsanya sendiri (cina) ayat memujuknya memang lembut dan membuatkan pesakit merasa tenteram. Juga dari kalangan bangsa melayu dan india. Senang hati aku melihatnya.

Walaupun dia tidak merawat aku, namun aku bagi dia 10 markah.

Aku dah tunjuk,gambar ni pada dia. Ehhh you nie wartawan ker? Hehehe dan dia gelak besar dan beri kebenaran untuk aku gunakan gambar ni. Cantekkkk.