Tempat aku menghabiskan masa sakit dan berjuang untuk kesembuhan....
Moga perjalanan hidup aku yang seterusnya dipermudahkan Allah SWT.. Aminnnnn...
Semoga perjalanan aku pada hari kelahiran junjungan Nabi kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW pada hari ini menjadi langkah terbaik aku.
Kereta aku dah penuh. Penuh dengan barang barang aku. Satu trip dah angkat aritu. Ni trip kedua. Barang barang dapur yang baru dibeli juga penuh dalam boot keta. Milo, minyak, dynamo, tepung, susu dan lain lain semua ada. Boleh buka pasar raya. Berat lah boboy ku itu. Huuuuuu cian...
Menyebut pasal kereta, saat saat akhir ni lah boboy aku nak buat hal. Aircondnya rosak. Langsung tak sejuk. Bila dipasang hanya angin yang keluar. Berpeluh peluh mama dan aku.
Alamak.. Ingat nak kumpul duit sikit beli cincin emas. Huuuu nampaknya kau lebih penting boboyku... Jadi tiga hari berturut turut aku dan mama menjadi pengunjung kedai aircond ni. Tapi servisnya ya ampun tuhan jer yang tahu betapa sakitnya hati kami berdua. Mentang mentang kami berdua pompuan, sesuka hati jer tekan harga dan buat kerja sambil lewa.
Mula mula aku nak isi gas jer. RM60 katernya. Ok lah. Aku suh isi gas. Pastu katanya tak boleh isi. Ada bocor. Kena ganti tiub apa tah. So aku pun ok lah sebab nak settlekan dan tenangkan ati aku. Last last kena RM115. Masuk gas, sedut minyak, ganti minyak dan ganti getah tiub.
Katanya kena ganti kompressor baru sejuk. Harga RM550 jer.
Sorry aku nak ganti. Terus ambil keta dan balik.
Tapi hampeh hampeh sehampehnya. Langsung tak sejuk. Langsung langsung tak ada perubahan. Nak kena kot budak budak ni. Terus terang cakap ini kedai Milik Cina dan semua budak budak pomennya juga Cina. Aku tak bias bab bab bangsa yang penting kereta aku ok.
Datang lagi keesokkannya nya. Nak tukar kompressor. Harga RM550. Seperti yang dijanjikan. Tunggu dua jam tak siap siap. Nak kata suh hantar rumah tunggu pun tak berbunyi. Bayangkan aku dan mama menunggu. Tiga jam berlalu masih tak ok. Hati dah panas. Aku dah marah marah.
Siap pasang kompressor suruh aku servis dalam pulak. Katanya valve tersumbat. Perlu dalam seratus lebih katanya. Tak cecah rm200 punyalah...
Aku tak da masa nak layan. Sebab aku tak nak servis dalam, dia buka pula paip ntah apa2 katanya kotor dan tunjuk lah depan mama dan aku berkali kali yang kotor dan keluar hitam hitam. Entah paip apa yang dia buka. Dalam hati baru terasa alangkah bagusnya kalau aku pandai bercakap bahasa derang. Hurmmmmm...
Oleh kerana itu kereta aku dibawa ke kedai lain pula. Konon untuk sedut dan bersihkan paip. Terpinga pinga aku dan kereta dibawa pergi. Pergi kedai kawannya...
Hampir dua jam lagi menunggu sampai aku cakap "panggil orang you balik bawa kereta saya. sabar pun ada had. Apa nak jadi pun jadilah. You panggil sekarang...!!!!!"
Tak lama kemudin dtnglah budak tu bawa Kembara aku. Masa yang terbuang lima jam. Sayangnya.. Nak menangis dah aku... Sakitnya hati tuhan jer yang tahu. Siapa yang dapat menggantikan saat saat akhir aku di rumah mama? Ujian untuk aku lah... Redho kan...
Dia tunjuk bil berharga RM80 hasil sedut dan bersihkan paip di kedai kawannya. Jangan harap aku nak bayar kerana bukan kerelaan aku dia bawa kereta aku pergi kedai kawannya. Entah apa yang dia buat pada kereta aku siapa yang tahu? Silap silap aku report polis pulak...
Dipendekkan cerita kena RM710 tambah gas yang masuk semalam di charge lagi. Gila...!!! Janjinya semalam hanya RM550 termasuk upah pasang.
Tambah menyirap darah aku bila masuk kereta katanya selagi tak servis dalam dan tukar valve tak boleh buka aircond. Nampak tak permainan mereka??? Nak paksa aku suruh tukar juga.... Dan kegilaan bertambah bila aircond langsung tak sejuk. Hanya 20% jer dari semalam.
Fuhhhhhhh tarik nafas panjang... Hembusssssss
Hari ini, korbankan masa terakhir menghadap lagi kedai bertuah tu. Janji semalam tukar sekejap saja dan tak cecah RM200 punya. Baikkk punya mulut time nak umpan. Akhirnya hari ni????? Kena RM220. Hambek kau. Dengan masa terbuang lagi dua jam. Amat tidak profesional kedai ini dan amat tidak beretika.
Sedih yang teramat. Dahla nak tinggalkan rumah mama. Masa berharga ini pula dirampas sesuka hati oleh mereka.... Sangat pedih hati ini. Dan berbalik kembali kepadaNya.. Ini semua ujian... Selama 6 bulan kebelakangan elok boboy tak meragam... Ya Allah..
Entri penuh emosi...
Sejukkan dengan ini buah.. CEMPEDAK..
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.