Tapi terperam dalam minda. Sebelum hilangnya perkongsian ini baik aku catat serba sedikit...
Minggu lepas aku ke Gopeng, Perak. Dengan tujuan nak melawat sepupu aku di PLKN Gopeng. Persiapan aku lakukan seminggu lebih awal. Lihat google map. Tengok blog blog homestay dan sebagainya.
Aku tak pernah ke Gopeng lagi. Setakat lalu di highway tu biasalah. Atau mungkin kecik kecik mama bawa ke ipoh melalui teluk intan ke Ipoh.
Pilih punya pilih aku berkenan dengan Mesah Hilir Residence Homestay yang terletak di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Terus aku contact ownernya dan bankin via Maybank2u rm100 sebagai downpayment. Seminggu lepas tu barulah perjalanan bermula.
Kami konvoi dua kereta. Perjalanan ke Gopeng melalui jalan TelUk Intan-Chikus-Kampar-gopeng.
Dengan catatan kilometer lebih kurang 120 dari Sungai Besar ke Kampung Mesah Hilir.
Hati berbunga bunga. Teruja. Tempat tak pernah pergi memang mengujakan sesiapa sahaja. Termasuk ahli rombongan aku. Huhuhuhu tertanya tanya bagaimana rupanya homestay kami dan jauhnya ke Kem PLKN Gopeng.
Syukur Alahmdulillah, kami sampai di MAsjid berhampiran Homestay dan aku call Puan Rabitah Basir, kakak kepada owner homestay ini. Kami dijemput hingga sampai depan homestay.
Wowwwwww bestnya suasananyaaaa.. Dalam kebun... Ada pokok durian, cempedak dan macam macam lagi. Sebiji rumah dengan dua bilik tidur serta dua bilik air.
Jom layan gambarr.. Rumah yang amat selesa buat kami sekeluarga.
Dua bilik tidur. Satu ada aircond. Amat selesa.
Ada toto serta tilam juga disediakan sebagai tambahan.
Homestay ni tak jauh dari jalan besar. Masuk melalui jalan kecil dusun yang teduh dan mendamaikan.
Penjaga homestay ni tak kedekut. Dalam rumah disediakan segala kelengkapan. Dan juga sedikit bahan mentah seperti teh, gula dan minyak masak. Mohon dihalalkan semua yang kami guna.
Dan di saat aku teringin nak makan cempedak, tapi tak berkesempatan nak beli di tepi jalan kerana hari dah malam, sebelum maghrib Puan Rabitah serta suami telah susah payah menghantar lima enam biji buah cempedak buat kami semua. Secara percuma.
Antara cempedak yang diberikan oleh Puan Rabitah serta suami yang baik hati
Terima kasih banyak tuan tanah. Budi baik tuan/puan dibawa mati.
Mohon halalkan juga kami kutip buah getah di belakang homestay, kutip biji benih pokok yang warna kuning serta oren keliling rumah, guna teh gula serta sedikit minyak masak.
Minta halal juga checkout lewat pada jam 2 petang...
Moga bertambah rezeki serta lebih ramai yang menginap di sini.
Aku rekemenkan siapa siapa yang nak tengok anak di area Gopeng boleh menginap di sini. Dan aku juga pasti akan ke sini lagi. Insyaallah.
Cuma kena bawa tuala mandi sendiri dan mungkin owner boleh buat penambahbaikan dengan menyediakan tuala untuk tetamu.
Bayaran yang dikenakan adalah RM 180 untuk satu malam. Kepada sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan Mesah Hilir Homestay, boleh terus menghubungi Encik Abdul Raof Basir di talian 013-3500018.
Untuk keterangan lanjut, homestay ni ada blognya sendiri. http://mesahilirresidencegopeng.blogspot.com
Dari pagi keluar homestay terus melawat sepupu aku di kem PLKN Gemilang, Gopeng.
Syukur Alhamdulillah Moga tuan homestay sentiasa murah rezeki.
ReplyDelete