salam Jumaat semua. hari dah hampir berkalih kala entri ini ditulis... dah lama tak menulis kat sini.
terasa begitu cepat masa meninggalkan aku. sedar tak sedar dah habis minggu ni dan aku dah berada kembali di kampung. bertemu mama tersayang. syukur Alhamdulillah....
melawat kebun sekangkang kera aku tu. huuuuu tak banyak berubah. kecuali encik timun aku dah melepasi tali yang aku buat. entah nak memanjat ke mana pulak agaknya. ke awan macam citer pokok kacang ajaib tu agaknya. buah yang konon ditunggu2 juga tak menjadi. tak ada rezeki aku lagi... esok pagi masa untuk membelai.
penat seharian di pejabat hilang melihat mereka.
rasa rasa kaki kiri aku makin lemah lah. seminggu kerja tanpa memakai tongkat. entahlah.malu pun ada sebenarnya... tadi kuatkan semangat konon nak pakai.. tapi tersadai juga. pagi tadi mesyuarat di luar jabatan pun tak pakai. kebetulan nak jadi rezeki, dapat parking berdekatan dengan pintu masuk jabatan tu, teruslah menapak jer dan menaiki lif. tak ramai yang sedar kekurangan aku....
moga minggu depan rasa weak ini akan bertambah hilang...
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.