Thursday, 2 January 2014

Bubur sum sum: kg sg tengar utara

Mata tak mahu lelap lagi. Hujan pun tak mahu turun lebat. Kalau lebat tak payah la aku menyiram pokok esok. Tapi tak der rezeki pokok pokok nak minum air hujan. Kejap jer hujan dan tak lebat. Tak per semua esok akakkkk akan jirus kalian. 

Seperti yang dijanjikan dulu, step by step pembuatan bubur sum sum oleh otai di kampung aku. Huhuhuhu mak mak orang yang amat berpengalaman memasak. Layannnnn

Tiga bungkus besar tepung beras. Yang ni pakai cap teratai.

Untuk tiga bungkus ni kami pakai dua kg setengah santan kelapa

Santan dikacau dengan tepung dan ditambah air. Sampai tiada tepung yang berketul

Air dipanaskan dalam kawah. Aku tak tahu nak bagitahu banyak mana coz pakar pakar masak ni main agak agak jer. Tu gambar banyaknya air yang direbus.

Tepung santan dimasukkan kedalam air yang belum mendidih. Tambah garam secukup rasa. Baru nak mendidih jer air tu. Dikacau tanpa henti sampai likat.

Ni suda hampir memekat... Terus kacau tanpa henti.

Tadaaaaa... Macam dodol kan? Yang ni buat lenguh bahu aku sebagai pembantu. Tlg kacau sikit sikit jer coz sakit belakang masih terasa... Cantik likat dan putih berseri jer... Terus kacau, slowkan api dan tutup sebentar dalam 10 minit. Kacau lagi hingga dua jam. Baru masak betul...

Dah boleh disendukkan dalam bekas untuk diagihkan pada orang kampung...

Ini tugasan aku. Huhuhuh bungkuskan air gula merah untuk teman si putih bersih... Lemak lemak masin bertemu si manis... Satu kombinasi yang terbaekkkkkk...

Ni untuk otai otai yang banyak membantu. Huhuhuhu untuk seluruh family mereka...

Dan ini untuk aku. Huhuhuhu nyummy... 














1 comment:

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.