Alhamdulillah lauk pauk pun sodapppp... Amalan gotong royong telah diterapkan dalam kenduri kali ini. Syukur keluarga cu dan pak cu mendapat banyak tenaga kerja. Yang berat menjadi ringan.
Jom rewang ramai ramai... (Yang nampak dua sahaja.. Huhuhuhu)
Untuk jelatah....
Bukan promosi tapi nak kongsi...
Puding in the making
Untuk sambal kicap dilawan dengan sup tulang... Pehhhhhh
Pisang sesikat...
Berkat kata orang Jawa...
Buah jambu ball/ keling sebagai sampingan orang rewang... Cicah garam atau kicap n cabai n gula.. Pehhhh dappp
Gelap la pulak gambarnya...
Apa pun ianya akan menjadi kenangan yang terindah sebelum aku masuk opis....
Berjumpa sanak saudara bersembang bertanya khabar dan beramah mesra selepas lama tak berjumpa. Syukur Alhamdulillah cuaca pun baik sahaja seharian itu. Memang rejeki cu n pak cu...
Seronokkan amalan gotong royongkan jarang dapat sekarang sebab nak mudah dengan catering. Kenangan indah bersama...
ReplyDeleteYerrr sangat seronok Diana... Huhuhu jarang dah dapat rasa sekarang ni kan.... :-)
Delete