Thursday, 5 December 2013

Pulut Durian: Made in Bandar Baru Sentul

Blok walking punya hal. Semalam kerjanya menjelajah blog orang tengok tengok lihat lihat dan baca baca. Akibatnya sempena musim durian nie banyaklah acara menayang durian yang dimakan bersama pulut dan santan. Akibat nafsu, akhirnya hari ini terjadilah acara memakan pulut durian seperti yang dilihat dalam blog semalam.

Durian enam biji dengan harga RM20.00 beli di hadapan UTC Sentul atau Pusat Komuniti.

Kawan baik durian. Kelapa parut yang belum diperah dan pulut yang belum ditanak.

Nasib baik dah dibelah oleh tukang jual durian. Senang la nak buka.


Isinya semua elok. Setakat yang telah dibuka. Ada yang biji kecil jer isi tebal.

Syukurlah... Pulut dah masak, santan juga dah perah. Nasib baik masih elok kelapa parutnya. Maklumlah beli di kedai runcit kadang dah masam.

Syukur Alhamdulillahhh... Dapat juga makan pulut durian untuk tahun 2013. Dah lama tak makan. Rasanya sejak arwah abah dah tak ada sejak tahun 2007.

Makan doyan tu selalu. Tapi makan dengan pulut dan santan belum lagi seingat aku. Dah enam tujuh tahun tak merasa.... Teringat arwah abah... AlFatihah....






No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.