Monday, 9 December 2013

Resepi: Air Soya

Hari ni aku nak cerita cara nak buat air soya. Huhuhuhu sebelum nie terkejut gak. Boleh ker orang biasa biasa buat air soya. Rupanya memang boleh dan amat senang jer caranya. Ini kali kedua aku buat air soya. Namun perlu dibuat penambahbaikan. Sebab kejadian airnya ada rasa payau sikit. Rupanya kekurangan air. Soya aku sangat pekat. Huhuhuhu bila ditambah air syukurlah. Rasanya seperti yang dibeli dikedai.

Jom lihat caranya.

Kacang soya belum direndam aku buat satu gelas plastik. Rendan sebelum tidur hingga kembang keesokkan harinya. Ia akan mengembang sekali ganda kerana esoknya dah jadi dua gelas. Jadi kena pandai agak. Jangan rendam banyak sangat sebab kacang tu akan mengembang.

Bila dibaca baca resepi orang lain, ada yang cakap suruh buang kulitnya. Maka aku ramas ramas hingga tertnggal kulitnya dan buang kulitnya.

Dua kali ganda selepas direndam.

Aku kisar dengan empat gelas air. Ukuran yang sama. Tapi tak cukup. Cuba buat lima gelas air.

Air soya yang dikisar ditapi dengan kain jarang/pnapis teh serbuk/kain kasa aku guna tudung bawal murah yang baru dan telah dicuci bersih.

Kisar hingga semua kacang habis. Hampas dikisar sekali lagi supaya tak membazir. Sebelum masuk dalam periuk, tapis lagi sekali untuk mengelakkan serdak kacang soya masuk dalam periuk.

Masukkan daun pandan sehelai.
Masak di atas api sederhana. 
Masukkan garam secubit. Kacau selalu. Jika boleh jangan tinggalkan periuk.
Takut ia akan membuak keluar bila menggelegak.
Agak agak dah dan menggelegak masukkan gula secukup rasa.
Aku masukkan tujuh senduk kecil gula pasir dan sesenduk gula merah.
Ia akan nampak kemerah merahan dan lebih sedap. 
Kalau tak suka hanya gunakan gula pasir jer.

Dapat dua botol sirap ros f&n nie.. Jadilah untuk minuman dua tiga hari.







2 comments:

  1. Elok buat air kacang soya sendiri boleh control kemanisan dan dijamin bersih.
    Dulu Diana jual hantar air soya di sebuah restoran di Adelaide, lepas balik sekolah buat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Best kan.. Dapat juga duit kocek. Puas hati buat sendiri kn Diana,,, :-)

      Delete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.