Sampai Melbourne pun masih teringat ingat permintaan mama. Kena tunaikan. Kalau tak aku yang akan menyesal seumur hidup.
Indahnya mula mula selamat mendarat di Airport... Selepas mengharungi 8 jam perjalanan. Alhamdulillah selamat tiba.
Di hotel penginapan kami, Tune Hotel banyak risalah tentang pakej pakej tour. Ada pelbagai. Dan harganya memang mahal. Lebih kurang RM420 per orang. Semua lebih kurang.
Tapi kalau dah dikatakan rezeki, kami dapat pakej tour sehari ke Philip Island dengan harga yang berbaloi baloi. Lagi berbaloi dengan pakej tour Islam dengan pemandu pelancong orang kita kita. orang Singapore kawin dengan orang Malaysia dan kerja di Melbourne.
Syukurlah. Impian mama ke Philip Island terkabul...
Indahnya saat ini... Pemandangan juga terlalu indah... Subhanallah...























