Thursday, 22 October 2015

Malam ini...

Peristiwa malam ini membuat jantungku tersentak
Hati berdebar
Darah mengalir laju
Mendengar berita kematian ini tadi membuat aku terpaku seketika
Kembali merenungi kekuasaanNya
Dia yang maha Esa 
Yang menentukan tiap saat dan detik apa yang akan berlaku
Ya Allah betapa besarnya kekuasaanMu ya Allah...

Dia datang ke Malaysia kelmarin
Membawa satu misi yang besar 
Buat komuniti yang sama perjuangannya dengan kami

Berbengkel
Berdiskusi
Bergurau senda
Makan malam
Berbincang
Bentangkan paper
Tiada sebarang tanda

Tadi
Majlis makan malam berjalan lancar
Hingga dalam perjalanan balik ke hotel
Berdekatan dengan institut jantung negara
Dia tak sedarkan diri
Dan disahkan meninggal dunia

Damailah kau di sana
Dari Filipina kau datang
dilahirkan
Dibesarkan
Berkeluarga
Siapa tahu
Akhir hayatmu di bumi Malaysia

RIP untuk Mr. Antonio M Santos
Ketua Pengarah 
Perpustakaan Negara Filipina
............................................................
Tiada siapa dapat meramal kematian....
Adakah aku akan insaf selepas ini?
Mungkin hanya terkesan seketika
Hanyut kembali selepas beberapa detik ketika
Hmmmmm....

Kenangan bila arwah abah meninggalkan kami 8 tahun yang lalu kembali menerpa.. Meninggal dunia secara tiba tiba..
Tiada pesan tiada ucapan...
Sedihnyaaaaa....

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.