Showing posts with label Philip island. Show all posts
Showing posts with label Philip island. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Philip Island

Tetiba malam ni teringat kenangan ke Philip Island. Masa nak ke Melbourne aritu memang zero pengetahuan. Tak tahu satu apa pun tetapi lepas google pengalaman orang, maka terbuka lah minda. Mama teringin sangat nak ke Philip Island dan lihat salji. Masa kat Malaysia bila tengok pakej pakej tour derang memang rasa tak mampu. Tapi bila fikir fikir permintaan mama, aku pejamkan mata dan cuba cari dua pakej tu. Yang dah tentu makan dua hari. Satu hari pakej ke Philip Island. Satu lagi pakej salji. Target nak ke Mount Buller. 

Sampai Melbourne pun masih teringat ingat permintaan mama. Kena tunaikan. Kalau tak aku yang akan menyesal seumur hidup.

Indahnya mula mula selamat mendarat di Airport... Selepas mengharungi 8 jam perjalanan. Alhamdulillah selamat tiba.


Di hotel penginapan kami, Tune Hotel banyak risalah tentang pakej pakej tour. Ada pelbagai. Dan harganya memang mahal. Lebih kurang RM420 per orang. Semua lebih kurang.

Tapi kalau dah dikatakan rezeki, kami dapat pakej tour sehari ke Philip Island dengan harga yang berbaloi baloi. Lagi berbaloi dengan pakej tour Islam dengan pemandu pelancong orang kita kita. orang Singapore kawin dengan orang Malaysia dan kerja di Melbourne.

Syukurlah. Impian mama ke Philip Island terkabul...

Indahnya saat ini... Pemandangan juga terlalu indah... Subhanallah...



Keluar awal pagi, pulang ke hotel lewat malam...








Wednesday, 29 July 2015

Philip Island... Banyaknya binatang....

Hari ketiga di bumi kangaroo
Alhamdulillah... Tercapai juga hasrat nak bawa mama ke Philip Island.. Yahoooo... 
Rezeki kami juga dapat tour agent yang sangat superb. Orang melayu yang tinggal di Australia. Asalnya bercontact dari Malaysia tapi macam tak sure nak pergi ke tak. Dia pun tak bagi harga berapa.

Akhirnya bila di Tune Hotel, tergerak nak wassap dia lagi dan akhirnya dipendekkan cerita, kami ikut tour ke Philip Island. Best sangat... Aku tak pernah ke Australia. so Melbourne ni pengalaman pertama aku la nie... kangaroo, Koala, wallabi, penguin dll.

Bermanja manja dengan kangaroo.. Kata sepupu aku, ayam pun lari bila nak dipegang. Inikan pula kangaroo. Jinak pula.. Huhuhu

Lihat orang bagi makan burung pelican. Ikan dari restoren fish n chips diberikan pada burung burung ni.
Di suatu tempat yang teramat indah, nyaman, sunyi dan tenang. Subhanallah. Indah sungguh ciptaanmu Ya Allah.

Burung ni datang makan di tangan.. Mak nyer. Anaknya tak nak dipegang. Bapaknya garang pula. Comel betul anaknya... Rasa nak picit jer.
Tour guide kami yang terbaik. Mr. Fadil...

Ini Lavender. Sungguh indah... Mewangi...

Hidangan makan tengah hari kami yang tak disangka sangka. Dimasak dari rumah Mr. Fadil. Terbaik... Tak pernah sangka akan dapat pengalaman macam ni. Makan berkelah di San Remo, Philip Island. Masa kat Turki memang teringin nak berkelah macam ni. Kebetulan cuaca sejuk memang syok lepak makan. Tengah lapar. Isteri Mr Fadil masak nasi ayam. Ayam goreng, sayur campur, salad, sambal, kek buah, air panas dan lain lain makanan lagi. Biskut, air kotak, roti. Sungguh mewah tour satu hari ini.