Showing posts with label Online Shopping. Show all posts
Showing posts with label Online Shopping. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

Diskoun Deepavali katernyerrrrr

Pepagi Jumaat ni ati teman ni teringin ler nak nengok barang online. Teman pun buka lah Lazada kesayangan teman ni. Banyak dah barang beli kat sini. Tunggu kat rumah jer. Sampai lah barang tu. Zaman dah canggih kater ko.

Pepagi ni selalu sort barang murah ke mahal. Tetiber nak sort ikut diskaun nyer barang wehhh.. Teman pun sort.


Mak aihhhhh taster Panasonic pun sampai RM7,882.00????????? Toaster kotttt. Alias pembakar roti. Panasonic kot.. Bukan jenama dari mana hala tu. Letak plak diskaun 97% adoyai... So jadilah reganya rm228.00. 


Kot iya pun nak tunjuk sangat rege demer tu murah. Agak agak la weh. Kejadahnya toaster sampai rm7,882.00. Teman x pueih ati, terus menggogle. Nie je haaa...


Memang itulah regenya.. Rm200 libih libih je. Toksah ler korang up kan sampai x munasabahhh.. Menjejaskan imej korang lagi ada. Jadi semua pengguna internet yang selalu membeli online, jadilah pengguna yang bijak.

Wakakakka aku gelak untuk diri aku sendiri. Pesan jadi pengguna bijak konon. Aku sendiri pernah jadi pengguna bodoh dan tertipu. Dek kerana nak cepat dan tak baca betul betul. Sekadar tengok gambar. Adalah satu stroller baby. Dari ribuan RM turun jadi berapa tah aku x ingat. Memang murah giler. X fikir panjang. Aku terus beli 3. Senang nak hadiahkan staff. Kebetulan staff ada sorang tgh pregnent. X yah susah susah beli hadiah. Sekali tau apa yang ku beli?????????

Plastik cover stroller rupanya. Mulalah mencarut sendirian.... Huwaaaaaaaaaaa... Membazir duit aku. Kalau plastik cover tu pun tak kan korang juai dengan harga yang cenggini. Menangis tiada gunanya lagi. Apa apa je lah labu. Ko yang tak baca details.... Tapi tetap kesal kerana gambar yang ditunjukkan stroller. Plastik tu memang macam aksesori dia je. Patutnya ko nak jual plastik ko highlighkan plastik tu. Bukan stroler tu. 

Hmmmmm
Sekian cerita aku dan lazada. Tapi yang baik pun ada. Tunggu entri lain lah. 


Thursday, 19 December 2013

Online oh online


Sedar akan kekurangan diri ini, pembelian online kini menjadi pilihan aku. Mana yang tak memerlukan aku pergi ke mall, akan aku beli secara online. 

Memudahkan, menjimatkan masa serta tenaga. Bagi yang masih bertenaga dan ada daya upaya, pergilah mencuci mata ke tempat tempat shopping yang banyakkkkk ada di Malaysia yang aman ini. Mungkin zaman untuk aku berwindow shopping ke mall mall telah berakhir. Jadi, ini antara penyelesai masalah... Online shopping.. Cuma pakaian jer yang susah nak beli....



Teringat pertanyaan staff aku kat opis beberapa tahun yang lepas... Pernah ke beli barang secara online? Tak kena tipu ker?
Aku jawab pernah... Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Beli apa? Dia bertanya lagi
Rumah.... Huhuhuhu... Maksud aku dari portal Mudah.My ini lah aku berjaya menemukan dengan Chenta Titiwangsa iaitu rumah aku. Urus niaga dengan orang yang jujur akan menyelamatkan anda dari ditipu. So berdoa sentiasa agar semuanya urusan jual beli dilindungi Allah SWT..

Juga tak dilupakan belian di http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ 
thanks Diana...