Showing posts with label Ortopedik. Show all posts
Showing posts with label Ortopedik. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

Gule gule hidup

Sekarang atau entah sejak bila dipraktikkan jika kita diberi slip bekalan ubat oleh doktor pakar, katakan enam bulan, bila kita ke farmasi untuk amik bekalan ubat tersebut, baca slip ubat kita, kemudian pegawai di kaunter farmasi tu akan tanya soalan bila kita punya appoinment dengan doktor?

Pastu kalau lebih dari berapa bulan (aku tak pasti) ikut aku nyer kes 6 bulan. pas tu pastinya yang diberi hanya bekalan untuk tiga bulan sahaja dan selebihnya tiga bulan akan datang kena ambil lagi sekali.

Walaupun wujudnya pebekalan ubat melalui pos juga telah aku buat, memang efisien. Ubat dihantar melalui pos laju. Kemudian kita akan bayar kos penghantaran pos laju. Tak sampai rm10.00. Tapi kena isi borang bagai di kaunter masa nak mohon ubat dihantar ke rumah. 

Kalau lah orang tua....
Tak ke susah. Kena datang lagi. Kena isi borang. Kena tunggu posmen. Kena bayar lagi kos penghantaran. Dah la orang sedia sakit. Buatnya hospital jauh dengan rumah, kesian orang tua tu....

Aku pernah tanya kenapa di sekat pemberian ubat ikut apa yang doktor beri. Kata pegawai farmasintu takut ubat dah tak rasi. Takut doktor tukar ubat. Ikut logik bila doktor nak tukar ubat sedangkan tarikh temujanji adalah enam bulan. Bekalan ubat diberi untuk tiga bulan pertama. Dah sah sah kita akan ke hospital lagi dengan slip dan ubat yang sama.

Di hujung slip akan tertulis 6/12 maknanya 6 bulan punya bekalan. Dan selanjutnya.....


Thursday, 9 January 2014

Klinik Ortopedik HKL

Rindu sama ini blogggg

Hari ini 9.1.2014 checkup kali keempat aku di klinik ortopedik HKL.
Tiada yang istimewa.
Cumanya orang terlalu ramai.
Seperti biasa mama setia menemani aku. 
Ini yang terakhir sebelum aku mula kan rutin bekerja.

Seperti biasa.. Ke bahagian x-ray. Xray seperti biasa dan kali ini pesakit akan diminta menunggu sebentar dalam bilik persalinan sementara menunggu imej xray dipastikan terng dan sahih.
Baguslah. Kalau tak akan jadi macam aku dulu. Dah siap xray terus disuruh tunggu di luar. Dah siap salin baju semua dipanggil semula kerana xray tak terang atau imej tak tepat. Terpaksalah berdengkot2 masuk lagi ke bilik xray dan di xray sekali lagi.
So dah ada penambahbaikan nampaknya kali ini. Syukurlah...

Pas tu ke klinik ortopedik...
Tak tahu kenapa kali ini luar biasa ramainya manusia di hkl. Tak macam khamis2 yang terdahulu..

Kesian mama.. Masih setia menemani aku setiap kali aku checkup. Begitulah kasih seorang ibu. Dibawa mati....

Dan akhirnya di bilik no 23 penantian ini berakhir....

Alhamdulillah, aku dah boleh bongkokkan badan. Depan doktor aku diminta bongkokkan badan perlahan lahan hingga tangan mencecah kaki. Ehhhhh menakjubkan. Heheheh boleh laaa.. Ingat dah kaku keras atau berderup bunyi tulang. Syukur Alhamdulillah....

Selain dari itu hanya pertanyaan biasa dan rutin. Dan Insyaallah aku akan memulakan kehidupan seperti biasa bermula 15.1.2014. Rutin kerja seperti biasa.... Aku tak payah pergi ke medical board bagai kerana tak sembuh. Insyaallah aku boleh jalankan kerja semampu yang mungkin.

Diberikan surat kerja ringan hingga 3.7.2014.
Kena tarik nafas panjanggggggg panjanggggggg
Perlu bersedia mental dan fizikal untuk kembali ke pejabat
Ohhhhhh kuatkan semangat bulatkan tekad
Moga dipermudahkan Alllah SWT segala urusan
Masih menanti jua permohonan yang tak kunjung nampak jawapannya
Tinggallah rutin enam bulan di rumah mama
Tinggallah mama kepada asalnya bersendirian... Part ni paling sedih giler...
Enam bulan wooo.. Walaupun aku tak berupaya tolong banyak namun kehadiran aku cukup memberikan mama semangat.. Enam bulan satu jangka masa yang lama..
Syukurlah....

Hmmmmm... Tinggal dulu ya... Nanti entri cerita lain pula...

Friday, 15 November 2013

Proses checkup di Klinik Ortopedik, HKL

Bagi aku yang pernah menginap di hotel ward HKL nie, tiap kali checkup akan diberi borang x ray. So tiap kali datang ke Pusat Rawatan Pakar Harian Hospital Kuala Lumpur, aku ke Jabatan Imejan untuk amik x-ray. 
- serah borang
- diberi nombor
- tunggu nombor dipanggil untuk x-ray
- nombor dipanggil ikut bilik, dan x-ray
- tunggu filem x-ray siap
- nama dipanggil untuk filem x-ray
- tandatangan buku penerimaan filem
- amik filem
Tamat.

Pergi pula ke Klinik Ortopedik (aras yang sama)
- tunjuk kad temujanji di kaunter
- diberi nombor
- naik aras dua ke Klinik Ortopedik
- tunggu nombor dipanggil
- pergi ke kaunter setelah no dipanggil dan tunggu untuk ke bilik doctor
- macam aku akan dapat nombor yang pangkal 5. Bermaksud perlu jumpa doktor pakar.
- so bilik Miss Nor Azlin Zainal Abidin tetap di bilik no. 23. Di situlah aku menunggu tiap kali ada checkup ditemani mama sejak aku lepas kuar ward.
- tunggu no dipanggil lagi sekali untuk masuk ke bilik doktor
- masuk bilik, keluar bilik
- tunggu di luar bilik untuk segala macam
- borang x- ray, slip ubat dan mc bagi yang berkaitan
Tamat.

Turun pula ke aras bawah untuk ke farmasi
- ke kaunter 1, serahkan slip ubat dari doktor
- ambil nombor dan tunggu giliran
- nombor dipanggil, ambil ubat
- dah boleh balikkkkkkk
Tamat.

Kat farmasi paling aku suka. Tak payah tunggu lama walaupun nombor banyak. Sangat efisyen dan cepat. Kenapa untuk dapatkan rawatan tak macam nie... Huhuhuhuhu...


Kronologi masa boleh dilihat kat masa yang tercatat kat slip nombor ini.





Thursday, 17 October 2013

Temujanji kedua- Klinik Ortopedik, HKL

Aku ke sini lagi. Ditemani mama yang masih setia menunggu dan terus menunggu bersama aku. Ambil nombor, pergi x-ray dan menunggu giliran berjumpa Pakat Bedah Ortopedik, Dr. Nor Azlin Zainal Abidin. Disapa mesra dan bersembang sebentar bersama nurse Ramlah yang peramah dan banyak membantu aku.

Jom tunggu untuk x ray. Syukur. Kali ni sekali jalan jer x ray aku. Terus amik filem dan naik ke tingkat dua untuk ke klinik ortopedik. Senang betul di hkl sekarang bila pusat rawatan dan pakar dicantum dalam satu bangunan. Syukurlah. Dipermudahkan untuk pesakit semua yang sudah sedia sakit. Kalu dulu terpaksa ke bangunan itu dan bangunan ini yang jaraknya boleh tahan jauh antara satu sama lain. Kini aku boleh menarik nafas lega. Jabatan jabatan dipisahkan dengan tingkat demi tingkat dan tekan butang lif kita akan sampai ke destinasi.