Hari ini 9.1.2014 checkup kali keempat aku di klinik ortopedik HKL.
Tiada yang istimewa.
Cumanya orang terlalu ramai.
Seperti biasa mama setia menemani aku.
Ini yang terakhir sebelum aku mula kan rutin bekerja.

Seperti biasa.. Ke bahagian x-ray. Xray seperti biasa dan kali ini pesakit akan diminta menunggu sebentar dalam bilik persalinan sementara menunggu imej xray dipastikan terng dan sahih.
Baguslah. Kalau tak akan jadi macam aku dulu. Dah siap xray terus disuruh tunggu di luar. Dah siap salin baju semua dipanggil semula kerana xray tak terang atau imej tak tepat. Terpaksalah berdengkot2 masuk lagi ke bilik xray dan di xray sekali lagi.
So dah ada penambahbaikan nampaknya kali ini. Syukurlah...
Pas tu ke klinik ortopedik...
Dan akhirnya di bilik no 23 penantian ini berakhir....
Alhamdulillah, aku dah boleh bongkokkan badan. Depan doktor aku diminta bongkokkan badan perlahan lahan hingga tangan mencecah kaki. Ehhhhh menakjubkan. Heheheh boleh laaa.. Ingat dah kaku keras atau berderup bunyi tulang. Syukur Alhamdulillah....
Selain dari itu hanya pertanyaan biasa dan rutin. Dan Insyaallah aku akan memulakan kehidupan seperti biasa bermula 15.1.2014. Rutin kerja seperti biasa.... Aku tak payah pergi ke medical board bagai kerana tak sembuh. Insyaallah aku boleh jalankan kerja semampu yang mungkin.
Diberikan surat kerja ringan hingga 3.7.2014.
Kena tarik nafas panjanggggggg panjanggggggg
Perlu bersedia mental dan fizikal untuk kembali ke pejabat
Ohhhhhh kuatkan semangat bulatkan tekad
Moga dipermudahkan Alllah SWT segala urusan
Masih menanti jua permohonan yang tak kunjung nampak jawapannya
Tinggallah rutin enam bulan di rumah mama
Tinggallah mama kepada asalnya bersendirian... Part ni paling sedih giler...
Enam bulan wooo.. Walaupun aku tak berupaya tolong banyak namun kehadiran aku cukup memberikan mama semangat.. Enam bulan satu jangka masa yang lama..
Syukurlah....
Hmmmmm... Tinggal dulu ya... Nanti entri cerita lain pula...


