Wednesday, 25 March 2015

Gule gule hidup

Sekarang atau entah sejak bila dipraktikkan jika kita diberi slip bekalan ubat oleh doktor pakar, katakan enam bulan, bila kita ke farmasi untuk amik bekalan ubat tersebut, baca slip ubat kita, kemudian pegawai di kaunter farmasi tu akan tanya soalan bila kita punya appoinment dengan doktor?

Pastu kalau lebih dari berapa bulan (aku tak pasti) ikut aku nyer kes 6 bulan. pas tu pastinya yang diberi hanya bekalan untuk tiga bulan sahaja dan selebihnya tiga bulan akan datang kena ambil lagi sekali.

Walaupun wujudnya pebekalan ubat melalui pos juga telah aku buat, memang efisien. Ubat dihantar melalui pos laju. Kemudian kita akan bayar kos penghantaran pos laju. Tak sampai rm10.00. Tapi kena isi borang bagai di kaunter masa nak mohon ubat dihantar ke rumah. 

Kalau lah orang tua....
Tak ke susah. Kena datang lagi. Kena isi borang. Kena tunggu posmen. Kena bayar lagi kos penghantaran. Dah la orang sedia sakit. Buatnya hospital jauh dengan rumah, kesian orang tua tu....

Aku pernah tanya kenapa di sekat pemberian ubat ikut apa yang doktor beri. Kata pegawai farmasintu takut ubat dah tak rasi. Takut doktor tukar ubat. Ikut logik bila doktor nak tukar ubat sedangkan tarikh temujanji adalah enam bulan. Bekalan ubat diberi untuk tiga bulan pertama. Dah sah sah kita akan ke hospital lagi dengan slip dan ubat yang sama.

Di hujung slip akan tertulis 6/12 maknanya 6 bulan punya bekalan. Dan selanjutnya.....


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.