Entri ini bukan pasal jagung sebenarnya.
Pasal gigi aku dan rahang..
Jagung baru diangkat. Masa rebus ni mama suruh masukkan sekali tebu. Jadi jagung yang sedia manis ni akan bertambah manis.. Petua orang tua tua.
Geram pula tengok isinya... Sebiji sebiji...
Jadinya satu demi satu aktiviti kita boleh cuba untuk mengetahui kebolehan dan tahap keupayaan kita. Walau setelah pembedahan apa sekalipun, atau selepas kehilangan anggota atau tragedi yang menimpa tubuh badan kita, hanya kita yang mengetahui. Kerana tahap keupayaan kita beda dari orang lain. Doktor mungkin akan kata kita boleh buat itu dan ini tetapi hanya kita yang mengetahui tahap badan kita. Yang penting usaha, tawakal, redho dan tak putus asa. Itu paling penting.
Walau apa pun, jangan ada sikap putus asa. Kalau kita putus asa, susah nak sembuh dan kembali hidup dengan positif.
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.