Monday, 20 July 2015

Sedar dari pembedahan- kesan bius

Tetiba hari ni nak cerita topik ni. Sebab ada kawan kawan bertanya apa rasanya sedar dari operation major ni. Pengalaman aku tiga kali menjalani pembedahan major iaitu spine, 2006, spine 2013 dan tumor 2015 ketiga tiganya aku masih ingat bagaimana sedar dari bius.

2006- pengalaman pertama sakitnya bukan sebab luka pembedahan. Tapi lebih kepada Menahan pening dan muntah dua tiga kali. Setelah sedar dari pembedahan aku muntah, salin katil dari katil bedah ke katil untuk ke ward, muntah. Dah tiba ward muntah lagi. Amat menyiksakan. Dan pening kepala. Rasanya keesokkan harinya masih tak lalu bangun sebab pening. 
Aku masih ingat susahnya nak bangun dari katil sampai ada doktor yang ajarkan. apa step step yang perlu dibuat. Yang lain aku tak berapa ingat.

2013- juga pembedahan spine, sedar sedar di tempat parking, muntah. Tapi hanya sekali sahaja. Tiada rasa pening kepala. Walaupun sebelum pembedahan dah diberikan ubat penahan muntah. Salin katil dari dewan bedah ke katil ward aku ingat ingat lupa. Rasanya memang tak sedar. Aku betul betul sedar masa dah sampai ward malam tu.

2015- pembedahan tumor. Tak muntah langsung. Cuba yang aku ingat, tiba tiba jer aku terbangun hingga duduk atas katil ketika masih ramai suara suara mengerumuni aku. Sebab aku tak buka mata. hanya terdengar suara suara bertanya kenapa.. Kenapa? kenapa ni... 
Yang aku sedar, kemudiannya aku hanya sebut nak batuk.. Dan bunyi suara suara ketawa kecil dan penuh kelegaan. Bila aku fikir fikir balik sekarang mesti lawak kan situasi tu. tetiba je aku bingkas bangun dan duduk sedangkan derang sedang tanggalkan wayar wayar n pelekat bagai. 
Macam mayat tetiba bangun. Hingga mereka panik. Hahahahaha... Gelak lah juga...
Lepas tu aku sambung lena semula hingga tak sedar salin katil dan ditolak ke ward. Aku sedar semula bila nurse nurse tiga empat orang menguruskan aku. 
Dan sekali lagi terjadi peristiwa lawak dimana mereka dengan susah payah nak tarik baju aku yang tertindih kat bahagian bawah. 
Tapi aku cakap ngan derang.. "Nanti jap...!" dan lagi sekali aku bingkas duduk..
"Laaaaa... Boleh bangun ker?" Dan mereka tersenyum lega.. Settle
Kali ni syukur juga sebab langsung tak pening.

Lain orang lain tahap penerimaan mereka serta kekebalan mereka terhadap bius. Makcik aku sampai empat hari menahan sakit kepala, tengkuk dan bahu selepas pembedahan. Apa,pun sama sama berdoa agar diberikan kesihatan yang baik hingga kita tak perlu masuk ward, apa lagi menjalani pembedahan. Aminnnnnn


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.