Saturday, 11 July 2015

Salam Ramadhan ke 25

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Aku memang nikmati... Terutama bersama mama.. Cuba sedaya upaya habiskan masa bersama dia. Kerana tahun hadapan tiada siapa dapat menjamin kita akan sama sama menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya...

Ramadhan ke 25 ini aku menunaikan hasrat mama untuk ke Rumah Persekutuan Cameron Highlands. Aku dah booking sejak bulan April. Punya lah susah nak dapatkan. Dah banyak kali booking tapi tak dapat pergi. Rasanya dah empat kali bayar pun tak dapat menginap. Ada jer hal. Syukur kali ini Allah permudahkan. Dapat juga ke sini walaupun Raya hampir menjelma.



Berbuka puasa semalam beli set nasi arab. RM42 untuk makanan yang berbaloi. Set nasi Arab dengan kambing dan ayam. Serta air bandung. Sampai sahur boleh makan. Dengan cuaca yang sejuk, makanan tak basi. Sahur cuma panaskan dengan air panas. Tahun ini tahun ke tiga kami sekeluarga ke Cameron Highlands pada bulan Ramadhan. Menikmati cuaca sejuk sambil mengkagumi dan mensyukuri ciptaanNya.


No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.