Memandangkan trip Turki tahun ini, aku cadang nak pi tahun depan Australia. Jadinya mama dah survey nak pi musim winter. Nak merasa salji. Memang aku tak pernah tengok dan pegang salji lagi. Jadi elok benar kalau pi winter tahun depan. Bulan julai ogos winter kat aus. Jadinya mama kata pi tahun depan bulan ogos macam tu. ahli travel yang lagi dua pun dah setuju.
Tapi entah kenapa idea gila tu datang... Raya, mesti dapat cuti. Kebetulan raya tahun ni Julai. Australia tengah winter beb. Apa lagi. Terus la tengok airasia go. Dan bila dah namanya rezeki tu, dapat tempah tiket pergi balik untuk tiga orang penginapan empat malam dengan harga RM4,807. Aku amik Tune Hotel Melbourne sebab ada terbaca dalam blog orang tu. katanya strategik tenpatnya. Dan bila aku rujuk map memang betul dekat dengan tram.
Memandangkan aku tak merasa naik tram di Turki, kali ini memang aku tak amik mana mana pakej tour sebab dah tahu pasti masa terikat dan tergesa gesa nak kejar tour. Aku dah penat. Jadinya semua setuju percutian kali ni santai dan tak terikat dengan tour.
Pesawat Air Asia x. First time naik. N paling best abang aku yang slalu round the world pun first time naik Air Asia X nie. N first time juga ke Melbourne.
Tiba Melbourne pagi Isnin. Jam 11 pagi waktu Aus. Ngam ngam boleh check in awal. Kena tambah AUD22 untuk masuk awal. Dari letak beg dikenakan AUD2.50 satu beg, dah empat beg pun dah AUD10. Baik check in awal jer.
Tune Hotel, Melbourne
1. Bila check in, nak minta masuk awal, derang print bill terus dapat masuk tanpa dikenakan bayaran tambahan. Syukurlah. Tak tahu kenapa. Jimat AUD22 kami. Lepas untuk makan nie. Rezeki kami baik.
2. Bilik yang ditempah dengan airasia go lengkap dengan semua. Tuala, alat mandian, tv dll. So tak payah risau nak add on add on bagai.
3. Masa daftar tiga orang sebab abang amik tiket asing. Dari smuggle lebih baik aku declare. Derang kata asalkan kami sanggup kongsi bilik, tak kisah daftar tiga orang masuk empat orang asalkan tidak tukar bilik. Yahooooo...
4. Terus diberikan empat set beg tuala tu tanpa perlu diminta.
5. Bilik family TypeB yang aku pilih sangat best. Masuk pintu ada dua pintu lagi. Tempat letak kasut diluar bilik. Maknanya kalau u all tempah bilik ini, ianya dua bilik dalam satu. Dua tv, dua bilik air, dua katil queen. Sangat selesa. Aku g dua lelaki dua pompuan. Jadinya satu bilik lelaki n satu bilik pompuan. Sangat selesa n privacy. Tambahan pula ianya menghadap jalan Utama laluan tram. Setiap minit dapat tengok tram.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
ReplyDeleteMaaf Zahir Batin.
Dekat bandar Melbourne masa winter biasanya takde salji tebal sama juga dengan Adelaide.
Kalau Turkey time winter lagi puas rasanya tengok salji.
Selamat hari raya maaf zahir batin Diana KBB...
DeleteTu la.. Hajat nak tengok salji. Kena g mt. Buller la kot.. Huhuhu
Delete