Sunday, 25 August 2013

Kemboja Mama...

Di rumah mama ada banyak pokok bunga. Hari ini aku nak share pasal bunga kemboja kacukan yang mama tanam. Mulanya ada beberapa pokok sahaja. Arwah abah yang minat pokok ni. Tapi bila kami dah pandai biakkan pokok ni melalui biji benih, maka pokok kemboja kacuk mama bertambah bilangannya. Ini antara jenis yang ada.


Di bawah ini ada aku tunjukkan gambar biji benih pokok bunga kemboja ni. Kadang orang bela pokok ni tak kuar benih pun. Tapi dengan mama mesra dan rajin la plak dia berbuah. Huhuhu rezeki mama...


Buah ni kalau kering dan dah matang dia akan terbuka dengan sendiri dan biji benihnya akan terbang mengikut tiupan angin. huhuhuh Allah ciptakan biji benihnya tersebar dengan cara itu. Di kedua2 belah biji benih pokok ini ada sepasang bulu halus yang ringan untuk diterbangkan angin. Kerap kali juga buah ini terbuka tanpa mama sedari. Tahu tahu dah kosong buahnya. Biji benih dah lari. Huhuhuu. Jadi sebelum ianya terbuka penuh, baik di ambil, buangkan sayapnya dan semai. Jika ada rezeki nanti dah matang aku sharekan okehhhh...

Teringin nak yang kaler putih plak. Tapi lum beli lagi. Cantik gak kalo ada yang putih...

No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.