Saturday, 24 August 2013

Family Bonding...

Entri kali ini aku nak ceritakan pasal ikatan kekeluargaan yang amat rapat dan tak akan terputus sampai bila2.

Semasa aku mendapat tarikh pembedahan aku ialah pada 17.7.2013, hanya mama sahaja yang mengetahui tarikh ini. Selagi tak muktamat mama tak bgitahu sapa sapa atas permintaaan aku. Kalau tahun 2006 dahulu tiga kali tarikh pembedahan aku ditunda, aku rasakan kali ini mungkin akan tunda selepas raya. Berat hati aku dan mama menyatakan yang doc tak akan jalankan pembedahan pada bulan Ramadhan.

Bibik yang kami nak upah untuk jaga aku di HKL sudah diberithu supaya bersedia. Kalau jadi kami ambil dia. Kalau tak jadi tak ambillah. Kebetulan, dewi namanya baru sahaja mendarat dari surabaya seminggu. Memang jalan dipermudahkan Allah.

Hati ku mula berdebar dan cuak hanya bermula setelah mendapat panggilan telefon dari salah seorang doc.. Lebih kurang macam ni lah perbualan kami pada hari ahad itu:
Dia: assalamualaikum... Boleh bercakap dengan....? Saya dr.... Dari HKL
Aku: waalaikumusalam... Yer saya..
Dia: tahu kan nanti nak buat TLIF surgery...
Aku: yer saya.. Naper doc???? Tunda ker???
Dia: ehhh... Tk lah. Jadi. Jumpa isnin nanti ya...
Aku: gulp.... Perasaan cuak, takut, sedih dan sedikit sedih bercampur baurrrr. Huhuhu sebelum ni steady coz kompom macam tunda kan... Haaaaaaa hamek kau..

Mamaaaaa doc call.... Dia cakap jadi rabu ni...............

Dan masa berjalan... Tanpa menunggu kita walau sesaat

Keluargaku
Seperti permulaan entri, walaupun dirahsiakan tarikh pembedahan dan juga kemasukan aku ke ward, keluarga aku tetap datang melawat. Adik beradik belah mama semua datang kecuali seorang sahaja yang tak datang. Yang kerja datang mencuri curi masa yang senggang lepas kerja. Aku tahu kesusahan mereka. Terutama di bulan Ramadhan. Letih, lapar, dahaga, penat, nak cari parking, tunggu shuttle dan lain2. Aku tahu sangat. Aku faham. Itu sebab tiada sorang pun dari pejabat aku yang aku bagi datang melawat. Bukan takat tak bagi melawat. Ward dan tarikh masuk juga hanya boss aku dan dua orang yang paling rapat dengan aku sahaja yang tahu.

Seorang makcik kesayangan aku juga datang menaiki bas. Sanggup naik bas dari kampung semata mata nak melawat aku. Sepupu sepupu tersayang juga datang tanpa jemu. 

Berbuka puasa di ward
Paling indah, bila saudara mara aku datang, belah petang dan sekaligus berbuka puasa di ward aku. Huhuhu tak akan berulang kembali saat saat indah ini. Walaupun sakit dengan adanya mereka, semangat aku meninggi. Ketawa ketawa dan gembira. Agaknya sebab itu aku cepat keluar ward.
Mereka berkumpul, bentang surat khabar dan berbuka puasa beramai-ramai. Bestttttt.... Aku tak dapat join. Hanya berbaring di katil sambil memerhatikan mereka dengan sayu. Huuuuu... Sanggup bersusah payah kerana aku...
Moga Allah merahmati kalian semua.... Aminnnnnnn



No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.