Kemalangan sebabkan kecederaan saraf
Selepas pemeriksaan awal doktor mengesah saya mengalami kecederaan saraf sebanyak 50/50. Tetapi maklumat lengkap belum diketahui.
Persoalannya bolehkah saya sihat seperti dahulu? Berapa lama tempoh untuk sembuh dan apakah rawatan terbaik selain pembedahan pembetulan saraf?
- OTE, Johor Bharu.
Dalam keadaan Foot Drop pesakit tidak dapat menggerakkan kaki dan pergelangan kaki ke atas. Ada banyak sebab bagaimana saraf tersebut boleh tercedera dan tahap kecederaan saraf juga memainkan peranan yang penting dalam rawatan dan pemulihan.
Klasifikasi kecederaan dibahagikan kepada Neuropraxia, Axonotmesis dan Neurotmesis.
Neuropraxia merupakan kerosakan saraf melibatkan gangguan konduksi arus saraf tersebut menyebabkan gangguan sementara yang mana pemulihan penuh boleh dilihat selepas enam hingga lapan minggu.
Axonotmesis merupakan kecederaan pada sel-sel fiber saraf tersebut (axon) tanpa kerosakan kepada kantung atau lapisan luar saraf (myelin sheath). Pemulihan kecederaan sebegini memakan masa yang agak lama, bergantung pada tahap kecederaan saraf dan juga kawasan kecederaan. Contohnya, kecederaan saraf pada bahagian lutut akan pulih lebih cepat daripada kecederaan saraf di bahagian pinggul. Akan tetapi, tidak semua pesakit dapat mencapai tahap pemulihan penuh.
Neurotmesis pula adalah kecederaan saraf sepenuhnya di mana saraf tersebut telah terputus sambungannya dan ini menyebabkan kelumpuhan sepenuhnya fungsi yang melibatkan saraf tersebut. Selalunya kecederaan sebegini memerlukan rawatan rapi termasuklah pembedahan mikro tetapi pemulihan tidak akan mencapai tahap 100 peratus atau kembali seperti asal.
Oleh itu, hendaklah dipastikan tahap kecederaan anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap pemulihan yang diharapkan. Kaedah pembedahan lain seperti pengalihan tendon (tendon transfers) merupakan pembedahan yang sedikit sebanyak untuk mendapatkan kembali fungsi pada anggota yang terlibat.
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.