Showing posts with label Lombok. Show all posts
Showing posts with label Lombok. Show all posts

Sunday, 7 February 2016

Sirsak@durian belanda

Ini dia buah yang senang didapati di Indonesia. Selain buah avocado. Iaitu buah durian belanda.ndi Indonesia di panggil sirsak. Kalau kat kampung umah mama dah lebih lima kali beli buah ni namun hampa. Peram tak masak dan buahnya hitam. Tak boleh dimakan. Isinya bila dibelah hitam. Pernah sekali je jumpa. Orang potong rumput rumah mama. Dapat buahnyanyang masak di pokok. Itu diberinya pada mama. Barulah merasa isinya yang juicy dan manis.

Dan inilah buah yang telah masak ranum. Kecil. Abang beli dengan harga RP6ribu sahaja. Iaitu kira kira  RM1.80 sebiji. Balik ke hotel terus aku belah dan makan ramai ramai. Memang manis dan bersari. Huhuhu syukurlah.

Jika buah doyan belanda ni masak ranum, kulitnya boleh disiat macam tu je lantas terus dimakan. Memula aku tak suka. Tapi bila dah mula rasa ok lah rasanya. Boleh diterima tekak dan sedap.

Buah naga tengah musim. Banyak dijual di tepi tepi jalan. Murah pula harganya.





Wednesday, 3 February 2016

Lombok part 2

3 feb 2016 


Kami meninggalkan Gili Trawangan, pulau cidomo dan basikal dengan menaiki Bot laju. Dengan harga RP400ribu sahaja. Untuk 4 orang. Tak campur dengan penumpang lain. Tapi kami turun di Teluk Nara, bukan di Bangsal. Lebih dekat. Tapi time nak bertolak jam 12pm tiba tiba hujan turun dan angin kuat melanda Gili. Perjalanan ditangguhkan sementara menunggu hujan reda. Kemudian perjalanan tetap diteruskan walaupun masih hujan dan ombak tinggi.

Bot laju 007 
Lautnya berwarna hitam waktu ribut ni. Seram juga membayangkan bot ini membelah ombak. Syukurlah selamat semuanya.

Menuju ke Senggigi lagi sekali. Kali ini menginap di Jayakarta Lombok untuk dua malam. Bagi yang biasa ke Bali, Lombok ni biasa saja. Msih membangun. Masih banyak ruang kosong. Bali lebih cantik bagi aku. Mengikut pemerhatian aku la. Tak tahu la orang lain.