Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts

Tuesday, 17 March 2015

MAS OHHH MAS

Ada masa terluang dimppis menjenguk ke laman web MAS. Murahnyaaaaaa menggiler tgk tiketbyang ditawarkan..
Ohhhh apakah..
G Dubai g balik tak sampai RM2,000??????????
Betul ke ni?
Memang harganya dari... Kalau dari pun kalau kena tarikhnya memang masih murah. Macam ni
Search dibuat pada hari ini 17.3.2015 jam 3.00pm

Sungguh murah. Cepat siapa yang ada duet sila beli tiket. Ini promosi percuma dari blog aku. Hahhhahaha...

Www.malaysiaairlines.com

Monday, 16 February 2015

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Suasana meriah di benteng Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Ramai anak muda memancing ikan di sini. Sepanjang lepak lihat aksi mereka, pat lima ekor ikan berjaya dinaikkan.

Ada juga yang main layang layang...

Aku pun ada beli satu, cuma belum cuba naikkan...




Selamat Pagi...

Entry ini ditulis betul betul di tepian pantai Rantau Abang. Di tepi pantai Perantau Inn, Kuala Abang. Saat ini matahari mulai naik dari depan pantai ini. Sangat cantik.



Chalet kami dari tepi pantai. Kali ini juga dapat chalet yang berbaloi baloi harganya. HanyaRM100 satu malam. Aduhhh dah la dekat giler ngan pantai. Cantik, besar dan selesa. Cuma agak buruk la...

Nanti balik chalet aku sharekan alamat dan contact no nya...




Friday, 13 February 2015

Perjalanan ini...

Sesungguhnya pengembaraan ribuan batu bermula dengan selangkah. Selangkah demi selangkah hingga mencecah ribuan batu dan kilometer. Begitu lah pengembaraan kami bertiga. Aku, mama dan Boboy. Bermula dari meter kosong hingga ke 300km.

Pantai yang sangat privacy. Tidak jauh dari jalan besar Kuantan-Terengganu


Unik dan membawa seribu makna...

Pantai ini hanya untuk aku bermain.. Main air, main kulit siput, main pasir dan main angin dan ombak sepuas hati aku. Hanya kami yang ada di sini.

Pantai untuk kami sahaja tiada orang yang berkongsi dengan kami... Indahnya ciptaaan Mu Ya Rabbi...





Kampung Batu Hitam, Berserah, Kuantan, Pahang

Air kelapa ini berharga RM4.00 sebiji siap kupas korek isi dan diletakkan dalam plastik. Agak mahal jika dibandingkan harga di Kuala Lumpur yang hanya RM3.00 sahaja.



Kampung Batu Hitam atau Black Stone nama glamernya.



Wednesday, 20 November 2013

Jalan jalan cari makan

Lewat petang ni aku ajak mama ke Sungai Haji Dorani, Sungai Besar untuk mencari udang segar naik dari laut. Namun hampa. Tiada udang petang ni. Aritu ada. Segar segar. Tetiber terasa nak goreng udang jer. Huhuhu

Kecewa udang segar x da, Last last gi makan dengan mama. 


Boleh tahan lah. Tapi servis lambat. Air pun lambat. Apatah lagi makanan. 
Harga mahal tapi makanan lambat sampai buat aku tolak markah...