Wednesday, 18 September 2013

Rumah oh rumah...

Status dalam facebook rakan di pejabat membuatkan aku ingin menulis tentang rumah kediaman. Rumah ini aku beli ketika umur aku 31 tahun pada tahun 2009. Dua tahun selepas arwah abah meninggalkan kami bertiga. Aku mengambil masa kira2 setahun bagi menentukan kedudukan kawasan rumah serta jenis rumah. Harga pada fikiran aku ketika itu bukan satu pokok persoalan utama. Asalkan mempunyai rumah sendiri dan tidak perlu menyewa sudah memadai bagi aku. 

Bagi wanita bujang seperti aku, yang penting dekat untuk berulang alik ke tempat kerja. Aku inginkan rumah teres. Pada masa itu aku aim perumahan baru di Desa Coalfield area sungai buluh tu. memang cantik dan harganya pun rendah lagi. Bawah RM200k. Ataupun Saujana Utama, juga area sungai buluh. Kerana aku minat kawasan situ dan bukannya area bangi, kajang ataupun cheras yang sedia sesak. Namun bila difikir fikirkan jauh dari tempat kerja. Bujang pulak tu, akhirnya kawasan itu aku lupakan. Aku mula melihat lihat apartment atau rumah pangsa yang berhampiran tempat kerja aku.

Pilih punya pilih. Selak punya selak iklan. Akhirnya aku terlihat iklan di Mudah.my. Allah dah buka pintu hati aku agaknya buka laman web itu dan akhirnya terlihat satu iklan menjual pangsapuri di Bandar Baru Sentul dengan harga RM185k. Cukup murah bagi aku pada masa itu. Dengan kawasan segitiga emas. Dekat dengan Bulatan Pahang, LRT Sentul Timur, Komuter Sentul, Pasar Awam serta kejiranan yang agak okay bagi aku. 



Dipendekkan cerita, akhirnya aku bawa mama lihat rumah ini dan berjumpa dengan tuan rumah. Alhamdulillah. Tuan rumah aku amat baik dan harga rumah dikurangkan sedikit menjadi RM180k sahaja. Sekali lihat, aku dan mama terus berkenan. Rumah ini di aras 7. Kebetulan memang angka kegemaran aku. Menghadap ke gunung ganang area gombak dan tidak akan ada bangunan pencakar langit lain yang akan dibina memandangkan rumah ini agak berhampiran dengan highway DUKE, dan perumahan flat DBKL. Syukurlah. Parking juga dekat dengan lif. Satu jer yang agak ralat. Rumah aku ini tiada balkoni. Itu jer kelemahan dan buat hati aku tak berapa suka. Namun, mungkin dah jodoh, akhirnya kumiliki jua rumah ini... Syukur Alhamdulillah. Sekarang tahun 2013 nilai rumah aku telah mencecah RM350k.

   Tingkap bilik aku memiliki pemandangan ini...

Sejukkkkk mata memandang...



No comments:

Post a Comment

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.