Malam sudah melabuhkan tirainya. Aku hanya berbaring melayari internet dan facebook. Tapi sejak mama tinggalkan aku rabu lepas tak sekali pun aku tidur di waktu petang. Ada saja kerja yang nak dibuat. Kalau ada mama, tiap petang mesti nak tidur jer. Huuuu atau nak manja2 ngan mama. Ni mama tak da. Terbang jauhhhhhhhhhh dari aku. Dan dari bumi Malaysia. Hurmmmmmm sedih. Tapi aku yang ambil keputusan tak nak ikut. Aku tak larat nak berjalan. Kalu sebelum ini maunya aku tak nak ikut.
Okaylah. Nak cerita pasal masak. Sejak mama tinggalkan aku, langsung tak kuar rumah. Udah empat hari penuh aku tak keluar rumah. Semua barang dah lengkap mama belikan sepanjang dia tak da. Duit pun ditinggalkan untuk tujuan kecemasan. Cuma aku tak kuat lagi nak keluar sorang-sorang. Biarlah dulu. Tiada keperluan pun yang penting nak aku kuar rumah. Baik kemas rumah, basuh baju, masak, tengok tv, main game candy crush, kemas dokumen yang berlambak, sisih, asing dan kemas baju baju lama dan lain lain tugas.
Semalam teringin bubur caca. Kebetulan stok ada. Terus buat. Cara caranya bagi yang tak tahu ialah:
Bubur Caca
Rebus terlebih dahulu tepung caca yang bewarna warni tu sampai kembang denganndaun pandan
Toskan airnya
Masukkan santan
Sedikit garam
Gula secukup rasa
Gula merah sedikir jika suka untuk warna yang kecoklatan
Masak hingga mendidih santan, kacau kacau sedikit
Siap... Tak perlu lama kerana tepung caca tu dah lembut dan kembang direbus terlebih dahulu
Pisang yang macam kapal tu sira pisang nangka yang aku buat sehari sebelum. Ada dalam peti sejuk. Oleh kerana ada kuah bubur caca ni, aku amik sepotong sira pisang dan makan dengan bubur caca ni. Ermmmmm dap. Hehhehehe...
Hari ni pula aku tak nak makan nasi kononnya. Tapi teringin nak makan ikan. Korek peti ais ada jumpa cik gelama. Siang, basuh, goreng dan masak kicap. Simple sahaja.
Gelama Masak Kicap
Ikan gelama yang telah disiang dan dibasuh digoreng jangan garing
Ketepikan ikan dulu
Tumis bawang putih dua ulas, bawng besar satu labu, yang dihiris
Masukkan cili besar yang dihiris juga
Setelah bahan tumisan layu, masukkan air masak, biarkan seketika
Masukkan ikan bila kuah sedikit pekat
Garam secukup rasa
Kicap cair
Dan siap.. Senang kan?
Menjelang maghrib pula, melayari blog masakan yang aku minat. Ternampak pisang goreng. Itupun dah buat air liur aku kecur. Teringinnya. Kebetulan ada pisang nangka lebihan buat sira pisang aritu. Memang niat nak goreng. Tunggu masa jer. Itupun hanya sebiji. Cukuplah untuk aku seorang. Pisang nangka ni besar buahnya. Diberi oleh jiran sebelah rumah mama. Jadi dua biji aku buat sira pisang. Tinggal sebiji diatas para. Habuan untuk aku goreng.
Teringat dulu aku memang tak reti nak goreng pisang. Tak reti nak buat sadurnya yang rangup tu. mama ajar cara paling senang. Sejak itu, aku paling rajin bawa pisang goreng ke pejabat. Kerap sangat. Terutama jika ada bekalan pisang tanduk.
Sadur pisang goreng
Sesenduk tepung gandum
Sesenduk teping beras
Sesenduk tepung goreng pisang
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
Ratio ni ikut suka. Kalau banyak ikutlah sesenduk, secawan, sesudu tapi itulah rationya. Tiga tepung dicampur bersama.
Bancuh dan sadur pisang dan gorenglah hingga perang. Yummyyyy.....
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.