Thursday, 16 July 2015

Syawal 1-2015



Hari ini satu Syawal 2015... Tiada yang istimewa kecuali aku dapat berkumpul bertiga bersama mama dan abang. Menghabiskan Ramadhan terakhir bersama mereka. Bila tibanya satu Syawal yang mulia serta bahagia ini, terasa sayu sedih dan sedikit kekosongan... Dalam ketawa gembira...terselit juga rasa sedih.. Entah mengapa...


Hari ini juga genap dua tahun...

http://akudanspine.blogspot.com/2013/07/hari-pembedahan-tlif-tujuh-tujuh-tujuh.html

Ini lebih memberi kesan kepada aku. Genap dua tahun pembedahan ini dilakukan dan syukur Alhamdulillah aku 
masih mampu bekerja, berjalan dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun ada sedikit kekurangan. 
Sangat sedikit jika dibandingkan dengan nikmat kurniaanNya. Sangat bersyukur..

Apa pun sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 MAAF ZAHIR DAN BATIN




Ramadhan ke 29 ... Akhir

Hari terakhir Ramadhan 2015...
Hari ini tradisi di ubah.
Selalu kami balik kampung untuk sama sama masak ketupat rendang dan buka puasa ramai ramai. Tapi mama ubah plan. Kami masak masak di rumah sendiri dan akan buka puasa bungsu di rumah mama.

Jadi mama masak ketupat, rendang daging, sup tulang dan sayur lemak buncis bersama hati ayam.

Selamat hari raya Aidilfitri 2015 buat semua pembaca blog ini. Harap maaf salah dan silap. Terlanjur bicara...



Wednesday, 15 July 2015

Menanam kentang dalam peti ais

Bunyinya amat pelik. Huhuhu gurauan aku pada mama yang menjumpai kentang tumbuh dalam peti ais di rumah mama. Huhuhu sedang cari cili api terjumpa benda bulat bulat n akar. Periksa lebih teliti jumpa plastik kentang dengan akarnya yang mengeluarkan kentang kecil kecil. Comel.


Ini rupanya dari jarak dekat. Auchhhh boleh makan ke Diana dari Kebun Bahagia????? Huhuhu 


Tuesday, 14 July 2015

Ramadhan ke 28- daging, daun ketupat

Ramadhan semakin meninggalkan aku. Entah adakah Ramadhan untuk aku dan aku bersama mama tahun hadapan? Moga Allah masih memberi izinNya.
Di sana sini orang sibuk membuat persiapan raya. Lagi dua hari nak raya, Insyaallah pembelian barang tertumpu pada daging, tulang, daun ketupat, halia lengkuas serai dan lain lain. Kuih muih ditinggalkan sementara waktu.. Namun kain baju masih ada yang shopping saat akhir. Mencari keperluan anak anak di saat akhir.

Masa ini lah tersedar butang baju melayu tak ada.
Songkok perlu ditukar.
Tudung tak matching warnanya.
Balang kuih tinggal dua. tiga lagi hilang entah ke mana.
Masa ni lah baru tahu seluar lama tak boleh pakai
Kena beli baru.
Masa ni juga baru tahu samping sudah digigit lipas.
Anak anak berebut mahukan kasut sama warna dan jenama.
Masa ni lah bateri jam dah habis...

Huhuhu
Pelbagai warna dan gelagat...

Jadi nya, sibuk bertambah sibuk di saat saat akhir Ramadhan ini.

Seronok dan meriah. 100% happy aku tahun ini. 

Cerita Gabapentin lagi

Kelam kabut nak balik beraya umah mama, bekalan ubat aku tertinggal di Sentul. Bekalan empat hari sudah habis. Lagi seminggu mana nak cari. Nasib baik di Farmasi e.v Care, Sungai Besar ada jual. gabapentin 10 biji 300mg harganya RM29.00. Hambik ko. Sapa suruh tinggal kan ubat free. Tak apa lah. Aku hanya beli 10 biji sahaja memandangkan nanti dah nak balik KL. raya ke empat dah kerja. Horayyyyyy...


Sunday, 12 July 2015

Apartment dua bilik: Rumah Rehat Persukutuan

Apartment dua bilik

Ruang tamu apartment dua bilik

Ruang makan, dengan meja makan lapan kerusi.

Bilik tidur amat luas.

Ruang dapur. Tapi tiada satu pun perkakas rumah. Yang ada, peti sejuk, jug masak air, dapur gas dan periuk nasi. Pinggan mangkuk tiada. Kena bawa dari rumah.
Jalannya berbukit bukit, kena panjat memanjat tangga dan mengah juga nak ke apartment.

Secara keseluruhannya, rumah peranginan persekutuan ini terlalu mewah berbanding harganya yang murah. Keistimewaan untuk kakitangan kerajaan. Tapi nak membookingnya satu hal juga. Penuh sokmo. Dua kali aku bayar dan booking tapi tak duduk. Kali ini berjaya. Syukur ya Allah.






Saturday, 11 July 2015

Salam Ramadhan ke 25

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Aku memang nikmati... Terutama bersama mama.. Cuba sedaya upaya habiskan masa bersama dia. Kerana tahun hadapan tiada siapa dapat menjamin kita akan sama sama menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya...

Ramadhan ke 25 ini aku menunaikan hasrat mama untuk ke Rumah Persekutuan Cameron Highlands. Aku dah booking sejak bulan April. Punya lah susah nak dapatkan. Dah banyak kali booking tapi tak dapat pergi. Rasanya dah empat kali bayar pun tak dapat menginap. Ada jer hal. Syukur kali ini Allah permudahkan. Dapat juga ke sini walaupun Raya hampir menjelma.



Berbuka puasa semalam beli set nasi arab. RM42 untuk makanan yang berbaloi. Set nasi Arab dengan kambing dan ayam. Serta air bandung. Sampai sahur boleh makan. Dengan cuaca yang sejuk, makanan tak basi. Sahur cuma panaskan dengan air panas. Tahun ini tahun ke tiga kami sekeluarga ke Cameron Highlands pada bulan Ramadhan. Menikmati cuaca sejuk sambil mengkagumi dan mensyukuri ciptaanNya.


Sunday, 5 July 2015

Mesyuarat Sebelum Raya... Lagi sibuk


Lagi mau raya lagi sibuk di Jabatan Kerajaan. Tiada istilah bermalas malasan dan rileks kerana Ramadhan. Aku suka suasana ini. Tambahan dah nak Raya. Huhuhuhu

Semangat bekerja itu lain
Semangat Puasa itu beda
Semua jadi bagus tulus dan murni bertambah ganda dari hari biasa


Moh Kiter ke AEON Seri Manjung

Salam Ramadhan 17 semuaaaaa....

Arini bawa mama ke AEON Seri Manjung sebab plan nak ke Shah Alam batal.
Gelagat orang mmbeli belah
Tak sesak, luas dan pemandangan di sepanjang perjalanan yang indah dan menarik



Friday, 3 July 2015

Buka Puasa kat Luar

Ramadhan ke 16 ni ubah selera kejap. Try buka kat luar bersama seorang BFF... 
Order mana yang patut, pas tu menunggu hingga masuk waktu. 

Selamat berbuka puasa semua...

Oh ya... Baru je sebut sebut pasal Diva AA... Terus jadi isu hangat seantero Malaysia... Opsssss