Showing posts with label Pisang berangan. Show all posts
Showing posts with label Pisang berangan. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Pisang Berangan Part 2

Sambungan lagi. Petang ni apa yang dihajat dah terlaksana. Pisang berangan nan setandan yang menopang di tembok dah berjaya diturunkan. Dan di sikat sikat untuk agihan di pejabat dan jiran mama. Juga buat sedara mara yang bertandang esok hari minggu.

Oh yang lupa nak cerita, asalnya benih memang ditanam di belakang rumah mama. Ni dah generasi ketiga kot. Namun masih menghasilkan buah yang besar. Syukurlah. Rezeki dari Allah dan hasil berbudi pada tanah.

Tak sabar nak menunggu ianya berwarna kuning


Aku punya bahagian. Dapat yang paling atas sekali. Hadiah dari mama. Ahaks. Mama kata orang tua tua kata tadah embun. Sebab yang paling atas sekali. Arwah atuk selalu bagi bagi pisang kepada anak anak akan asingkan yang paling atas untuk mama. Nampak tak? Wujud pilih kasih di situ. Huhuhu. 
Al-Fatihah untuk semua arwah yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu. 




Pisang Berangan

Pulang ke Munduk Putu Sal hati berbunga riang. Ada hadiah menunggu dengan penuh setianya... Hehhehe

Syukurlah kau bertongkat di tembok wahai buah yang manis. Huhuhu kalo idak sudah tentu kao jatuh ke bumi juak. Hehhehe so sangat syukur sebab dia tau kami memang tak larat nak tebang pokok nya. Takat tebang aku masih mampu. Tapi nak ampu buahnya dari jatuh ke tanah memang aku atau mama tak kan mampu. Ohhhh.. Ini memerlukan tenaga luar biasa. Hheheh

Ini buah masak pokok pastinya sangat manis. Aku selalu sengaja berimaginasi polos dan bodoh. Bagaimana tiap pokok buah contohnya pisang. Banyak jenis pisang tahu dan pandai membuat resepi buah mereka sendiri. Sebab walau di mana mereka di tanam, rasa buahnya tetap sama kan. Subhanallah..... 
Lihat di bawah buah yang masak tu ada kesan di ambil buahnya. Dah tentu tentu bukan tupai atau burung kan...
Dah rasa ngan mama. Seorang sebiji. Memang manisnwalaupun belum masak sangat. Masih keras sikit sikit. Dan untuk memakan buah pisang dulu sekali ngap jer masuk dalam mulut aku. Sekarang dah ada batasnya. Tak boleh nganga luas even untuk sebiji pisang lolos dalam mulut. Kena gigit sikit demi sikitlah jawabnya...

Ada rezeki burung di sebelah bawah....

Jadinya aktiviti petang ni ialah menurunkan pisang dari tembok rumah. Daaaa nanti sambung lagi yar...