Showing posts with label Mama sayang. Show all posts
Showing posts with label Mama sayang. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

Pengorbanan seorang ibu...

Entri ini khusus buat mama. Mama kesayangan aku yang telah berumur 60 tahun tapi nampak macam 45 tahun. Yang semua orang akan terperanjat bila mengetahui aku anak mama.

Sepanjang aku sakit, mama banyak menolong aku. Mama telah menjadi bukan mama yang sebelum aku sakit. Semua keperluan aku mama uruskan.
- mama sanggup betulkan kasut aku
- mama ambilkan barang aku.. Sentiasa tolong aku hingga sekarang, mama masih mahu menolong walaupun aku cuba ambil sendiri menggunakan kaki
- mama pimpin aku setiap ketika berada di luar rumah
- mama sangat ambil berat pasal ubat, minyak sapuan, tongkat, luka pembedahan dan corset aku
- mama bantu aku pakai skirt yang melorot ke kaki atau apa sahaja yang melibatkan barang di bawah kuasa aku yang tidak boleh membongkok
- mama gagahkan diri bawa aku ke mana sahaja aku mahu. Tgk laut, beli barang, teringin nak makan durian, teringin mangga madu, teringin kfc, teringin pergi guardian dan lain lain. Padahal patutnya umur mama sebegitu aku yang jaga dia...
- mama tolong ambilkan barang aku yang terjatuh
- mama chargekan hp, ipad dan lain lain

Pendek kata sekarang aku bergantung pada mama. Ya Allah, panjangkan umur mama dan sihatkan kami berdua agar kami boleh saling mengharapkan antara satu sama lain. Aminnnnn