Showing posts with label Kebun Bahagia Bersama. Show all posts
Showing posts with label Kebun Bahagia Bersama. Show all posts

Monday, 25 November 2013

Yang ditunggu Telah Tiba: Kebun Bahagia Bersama

Semalam bankin duit kepada  owner Kebun Bahagia Bersama http://kebunbahagiabersama.blogspot.com.
hari ini tadaaaaaa... Jam 3 petang udah sampai parcelnya. Yang dipesan benih benih tapi yang paling aku xcited ialah buah buah apa yang owner kebun hantar dalam kotak tu. sampaikan mama pun turut serta xcited nak tahu apa isi kandungan kotak ni.

Asalnya aku yang teringinnnnnnn sangat nak buah nam nam. Habis di kampung aku tanya mana ada pokok nam nam yang mana saudara kami punya. Tapi hampa. Tiada yang berbuah. Kalau ada pokok pun jauh ke tengah hutan. Takut la nak pergi. Akhirnya impian hanya tinggal impian nak merasa buah nam nam. Maklumlah. Kita bukan mengandung. Tak siapa endah. Usahalah lagi.... Huuuuuu

Akhirnya Allah nak bagi rezeki. Terjumpa blog Diana nie. Huhuhuhu tengok ada penghantaran biji benih dan pokok secara pos. Siap ada bagi online pasar lagi. Apa lagi. Terus aku ambil kesempatan dan pilih benih mana yang berkenan dan yang paling penting..... Pasar online. Siap mention kat tuan tanah yang aku nak nam nam. Huhuhuhuhu


Tadaaaaaa.... Ada rambutan, manggis, lemon, buah sawo dan ubi kayu. Tq tuan tanah. Hahhahaha.. Sangat suka aku hari ini. Berbunga bungaaaa hatiku. Biji benih ada yang percuma dari Kebun Bahagia Bersama... Biji benih sengkuang. Moga murah rejeki tuan tanah sekeluarga yerrr. Aminnnnnn....

Buah sawo oleh kerana terlalu xcited aku terus kupas. Jilat jilat isinya terasa getah melekat. Huhuhuhu dah tu baru tengok blog kembali. Rupanya buah ni macam ciku. Kena peram dulu. Alamakkkk dah terlajak kupas...


Huhuhuhu try bungkus semula dan peram.....


Nam nam terus aku kupas dan cicah garam belacan. Alhamdulillahhhhhhh...... Syukur atas nikmatNya.