Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Selamat Malam Sayang....

Jom tidoooo... 
Hajat hati memang nak tido awal. tapi sudahnya macam dua malam sudah jam tiga pagi baru dapat tidur nyenyak.
Demam, batuk dan selsema masih belum baik dari hari Khamis lepas. Ohhhhh sangat tidak selesa terkurung macam burung merpati dalam sangkar bertingkat nie. Kalau kat umah mama boleh keluar ambil angin. Ini tidak asyik asyik dalam kawasan 1000 kps nie jer berlegar legar. Cepatlah sembuh demam batuk selsema. Aminnnnnn....

Sesungguhnya bila Allah berikan ujian demam, batuk dan selsema ini sangat tidak selesa berbanding sakit lebih besar yang Allah berikan padaku sebelum ini...

# Cantik pulak warna ubat ubat tu kan... Hehheheh menarik sangat bentuk dan warnanya yang berkilat tu.

Thursday, 29 January 2015

Demam...

Balik checkup semalam sakit kepala sangat sangat. Lepas solat asar syukurlah hilang sakitnya. Tapi bila tangan nie raba kepala tersentuh satu benjolan kat belakang kepala aku ni. Ditekan sakit sangat. 

Malam selsema dan mula batuk. Bangun pagi dah berubah suara jadi serak. Badan panas dan benjol di kepala masih ada. G bekfest ngan mama. Balik bilik makan panadol.