Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Saturday, 2 November 2013

Seputar Bali

Masih berkisar tentang percutian di bali...

Kali ini aku nak ceritakan tentang penginapan di Bedugul, Bali. Satu tempat tanah tinggi di Bali. Udaranya sangat sejuk. Tempat penginapan kami kali ini berhampiran Kebun Raya, satu taman botani yang terkenal di Bali. Kebun Raya ni sangat sejuk udaranya. Bersih dan sejuk....

Pelangi Homestay namanya. Murah dan selesa. Harganya hanya RM45 untuk satu malam. Siap dengan sarapan pagi lagi. ada Satu katil besar, pemanas air dalam bilik mandi, tv, beranda dengan set meja kopi dan satu jer yang tak ada. Jug pemanas air untuk membuat kopi dan teh. Air panas dihantar apabila diminta dengan termos sahaja. Cukup untuk membuat kopi bagi empat orang.

Petang petang kami jalan jalan di perkampungan muslim di Bedugul. Candi Kuning nama tempatnya. Banyak masjid di sini. Jadi mencari makanan halal bukan masalah di kawasan ini. Jalan jalan di lorong lorong kecil di perkampungan ini membuatkan pemandangan kami menjadi luas. Melihat kehidupan masyarakat di Bedugul.

Ini terjumpa tempat orang menggoreng kacang serta merebus kacang tanah. Singgah melihat cara cara mereka menggoreng kacang.

Membeli kacang rebus dan kacang goreng yang baru dimasak dengan harga RM3 bagi setiap jenis. Banyak sekali hingga tak termakan oleh kami berempat.

Jom jalan jalan lagi...


Kat sini banyak bunga bunga yang ditanam sekitar penginapan dan di sepanjang jalan menuju Kebun Raya juga ada banyak nurseri bunga yang menjual pelbagai jenis bunga bunga yang cantik cantik. Udara yang sejuk memungkinkan banyak bunga dan tumbuhan hidup subur. Kalau di Malaysia ibarat Cameron Highlands lah. Juga ada strawberi di sini. Murah jika pandai menawar.


Sambung lagi di entri lain...






Thursday, 24 October 2013

Selitan... Entri Bali lagi

Hmmmm... Sementara masih ada masa dan waktu, biarlah aku menulis lagi. Kali ini tentang beberapa item yang menarik perhatian seorang aku di Bali. Lain orang mungkin lain tarikannya.

Sate Gulai Kambing
Ini makanan kegemaran aku ketika ke Bali. Walaupun ianya bukan berasal dari Bali, namun ianya amat mudah didapati, murah dan sangattttt sedapppppp.. Aku tak pernah jumpa set makanan seperti ini di Malaysia. Adakah???? Sate kambing dihidangkan dengan nasi panas, bertemankan gulai kambing. Perghhhhh memang sangat lazat. Satenya yang empuk dengan kuah berbeza dari di Malaysia, pekat lemak dan kemanis manisan. Gulai kambing yang empuk dan berlemak. Huuuuuu memang aku boleh makan hari hari tanpa jemu sepanjang berada di Bali.

Gambar kat bawah ni time beli bungkus. Kebetulan gerai jual sate kambing ni bersebelahan jer ngan hotel kami. Apa lagi, dari bilik pun boleh lihat kedainya dan jika buka tingkap boleh hidu bau orang bakar sate. Lapar sokmolah aku...



Pisang Keju
Ini juga mudah didapati di Bali. Uhhhhh sedap gila bagi tekak aku. Huhuhu harganya juga amat murah. Dalm RM2.00 bagi satu paket. Pisang digoreng garing, kemudian ditabur keju dan gula kelapa. Macam gula merah di Malaysia tapi lebih lemak rasanya.


Saturday, 12 October 2013

Lovina, Bali, Indonesia

Pembaca budiman....

Hari ini aku terasa nak upload gambar di Lovina, Bali pula...
Keindahan alamnya membuatkan aku terasa ingin kembali lagi ke Bali....


Terlalu banyak pantai yang indah di Bali. Tapi kali ini aku nak upload gambar pantai Lovina pula. Next time aku upload gambar pantai lain okeh....


Kebanyakan hotel di Bali memang dihias indah dan penuh dengan unsur unsur alam semulajadi.


Wednesday, 9 October 2013

Lovina, Bali

Mata tak bleh tido... Update lgi sikit pasal Bali. Kali ni pasal Pantai Lovina. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ini, harga dari Denpasar ke Lovina sekitar RP450-500ribu. Anda boleh singgah di mana mana tempat menarik sepanjang perjalanan kerana harga itu biasanya telah masuk harga sewa untuk satu hari.


Gambar lelaki atas bot tu sebijik macam Piere Andre. Huhuhu. Bot yang kami naik untuk lihat ikan lumba lumba ada kaki. Terkangkang kakinya yang dibuat dari buluh yang diikat kukuh ke dua sisi badan bot. Memang kukuh dan tak teroleng pun kalau kita naik. 

Masa di Bali memang tiada beza dengan Malaysia. Tapi masa matahari terbit awal. Subuhnya jam 4.30 pagi. Kira kira macam Sabah Sarawak la..

Harga naik bot untuk tengok lumba lumba terpulang pada tawar menawar di tepi pantai dan atas berapa orang yang mahu ikut serta. Harga sekitar RP60ribu per orang. Atau satu bot RP300ribu. Harga ini lebih kurang. Ini yang kami dapat. Mungkin ada yang lebih tinggi dan mungkin ada yang lebih rendah.

Mata dah kuyu... Nanti aku update lagi ya.. Daaaaaaa

Entri lama... Bali oh Bali...

Hmmmm cuti cuti ni aku diberi kelapangan untuk menulis. Syukur Alhamdulilah. Entri ini ditulis mengenai percutian di Bali, Indonesia. Tahun ni juga tapi tak kesempatan nak update dalam blog ini. Bali memang cantik. Bagi yang meminati keindahan dan kesenian alam, datanglah. Anda pasti nak berkunjung lagi ke sini.

Kalu ikutkan Bali ni tak da la luas sangat. Jarak dari satu tempat ke tempat pelancongan yang lain terasa jauh dek kerana beberapa faktor yang mana rata rata bandar di indonesia alami iaitu penduduk yang padat, kenderaan pada di jalan raya dan faktor jalan raya itu sendiri.

Terlalu banyak tempat tempat menarik di Bali yang nak diceritakan satu demi satu. Insyaallah jika berkesempatan akan aku update di blog ini untuk mereka yang nak ke Bali tapi masih ragu ragu.


Gambar di atas aku tangkap semasa mengunjungi daerah pergunungan di selatan Bali. Munduk nama tempat ini. Kami ke munduk melalui Lovina yang terkenal dengan lokasi melihat ikan lumba lumba dan ada beberapa jalan lain yang membolehkan anda sampai ke sini. Yang menarik disini ialah tempat ini berada tinggi dari paras laut. Sejuk, mendamaikan. Alam pula masih belum tercemar lagi dan suasana pergunungan yang memang menambat hati kami.

Masa ni kami menginap di Karang Sari Guest House. Harga amat berpatutan. Hanya 250 ribu rupiah. Kalau convert dengan tukaran wang malaysia pada kadar tukaran RM1.00 duit rupiah 3,400 hanya RM85 untuk semalam.

Bilik nya amat cantik dan selesa. Tidak padan dengan harganya. Oh ya dari denpasar ke lovina harga supir tambah kereta suzuki APV hanya RP450 ribu. Tapi sekarang minyak dah naik di Indonesia. Bukan di Malaysia sahaja. Jadinya harga ini mungkin meningkat lagi.


Memang segar dan damai di Munduk. Bunga tiga bulan memenuhi rata rata pelusuk kampung ini. Kat sini memang tak bleh soping sebab memang tak ada tempat soping. kat denpasar lah tempat kalu nak shopping. Antara tempat sejuk lain di Bali ialah Bedugul, Kintamani dan beberapa tempat lain. Nanti aku ceritakan pasal tempat tempat lain pula ya...

Selamat malam semua. Moga mimpi indah....